Citation
Yop Othman, Zul Hanis
(2020)
Ketaksaan leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur ketaksaan leksikal
dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu serta merumuskan unsur ketaksaan
leksikal dalam perbualan masyarakat peniaga Terengganu sebagai cerminan identiti
dan jati diri. Teori Relevan dipilih yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986)
yang berasaskan kepada tiga gagasan iaitu konteks, kesan konteks dan usaha
memproses atau kos proses. Ketaksaan yang terlibat ialah daripada sudut kata, frasa
dan ayat. Masyarakat Terengganu terdiri daripada golongan peniaga di Terengganu. 18
orang sampel dipilih secara rawak. Pengkaji menggunakan kaedah lapangan iaitu
pemerhatian dan temu bual dan menggunakan pendekatan kualitatif (huraian
deskriptif) sebagai penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat
peniaga Terengganu sangat gemar dan suka menggunakan unsur ketaksaan dalam
perbualan mereka secara semula jadi. Dibuktikan dalam temuan data empiris iaitu
terdapat unsur ketaksaan dalam bentuk kata. Kekaburan penggunaan ganti nama ‘dia’
bagi benda-benda tidak bernyawa dan ‘kita’ berfungsi mufrad telah dapat diselesaikan
dengan pendekatan Teori Relevans. Contohnya, kekaburan ganti nama ‘kita’ dapat
diselesaikan berdasarkan ujaran dan konteks ujaran itu sendiri. Maklumat tambahan
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kekaburan ganti nama kita tersedia
dalam ujaran itu sendiri. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu
mempertingkatkan dan menambah bahan rujukan kepada para ilmuwan mengenai
bidang kajian ketaksaan khususnya dalam perbualan masyarakat.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Lexical phonology - Malaysia |
Subject: |
Grammar, Comparative and general - Phonology |
Subject: |
Malay language - Lexicology |
Call Number: |
FBMK 2020 47 |
Chairman Supervisor: |
Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Ketaksaan Leksikal, Masyarakat Peniaga Terengganu,Teori
Relevans, Konteks |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
20 Aug 2021 01:11 |
Last Modified: |
20 Aug 2021 01:11 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89967 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |