Citation
Ishak, Salmah
(1998)
Kepuasan kerja di kalangan pegawai eksekutif wanita dalam perkhidmatan awam : satu kajian di Kementerian Pertahanan.
[Project Paper Report]
Abstract
Pengetahuan mengenai kepuasan kerja di kalangan pegawal wanita dalam
perkhidmatan awam di negara ini amat berkurangan. Tambahan pula terdapat keraguan terhadap keupayaan pegawai wanita menjalankan tugas profesional atas alasan peranan yang pelbagai.
Keadaan ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap kerja menurun dan seterusnya
menjejaskan prestasi dan kepuasan kerja. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal
pasti tahap kepuasan kerja pegawai wanita dalam satu orgnisasi perkhidmatan awam.
Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan di antara angkubah-angkubah
yang terpilih dengan kepuasan kerja.
Kajian telah dijalankan ke atas 134 orang pegawai eksekutif wanita di
Kementerian Pertahanan. Data telah dikumpul dengan menggunakan soalselidik yang
diedarkan kepada mereka. Data dianalisis dengan menggunakan program Statistika versi
5.0 bagi mendapatkan keputusan deskriptif kajian. Manakala pengujian hipotesis dibuat
melalui kaedah Spearman Rho untuk melihat perkaitan di antara setiap angkubah terpilih
dengan kepuasan kerja pada tahap signifikan 0.05.
Kajian ini mendapati responden mempunyai tahap kepuasan kerja keseluruhan
yang baik berdasarkan kepada beberapa dimensi kepuasan kerja terpilih seperti hubungan
dengan pihak atasan, suasana tempat kerja, beban kerja, rakan sepejabat, peluang
kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan. Daripada enam dimensi tersebut, responden
mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi bagi tempoh perkhidmatan berbanding
dimensi yang lain dan mempunyai tahap kepuasan kerja terendah bagi peluang kenaikan
pangkat.
Ujian hipotesis menunjukkan bahawa kepuasan kerja responden tidak
mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan angkubah umur, tempat asal, status
perkahwinan, bilangan anak, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan.
Kajian mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan menyusun struktur
organisasi sesuai ke arah pencapaian kerja yang tinggi di kalangan pegawai wanita
seperti saiz ruangan pejabat yang memuaskan; menyedia jadual bekerja berperingkat; dan
menyusun semula unit latihan dengan memperbanyakkan kursus motivasi dan
peningkatan kemahiran individu. Kajian akan datang juga dicadangkan supaya dilihat
perkaitan antara faktor-faktor lain seperti yang terdapat dalam kajian ini dengan
kepuasan kerja wanita dalam sektor awam dan sektor swasta.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Women in the civil service - Malaysia |
Subject: |
Women government executives - Malaysia |
Subject: |
Job satisfaction - Malaysia |
Call Number: |
FPP 1998 13 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Hajah Maimunah bt Ismail |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
28 Dec 2010 06:48 |
Last Modified: |
12 Mar 2024 00:43 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8996 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |