UPM Institutional Repository

Fiksyen Zhang Gui Xing dari perspektif Bildungsroman


Citation

Chua, Geok Kwee (2020) Fiksyen Zhang Gui Xing dari perspektif Bildungsroman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sejak mula berjinak-jinak dengan penulisan sastera pada tahun 1970 sehingga kini, karier penulisan Zhang Guixing dapat dibahagi kepada tiga peringkat , iaitu peringkat permulaan yang menyaksikan penulisan beliau pada zaman remaja di tempat lahirnya bumi kenyalang (1970-1976), peringkat mencari asas penulisan dengan memanfaatkan gaya penulisan tradisional China sepanjang tempoh pengajian di Taiwan (1976-1995) dan peringkat akhir tatkala beliau menyuguhkan karya-karya berlatarkan hutan hujan serta alam flora dan fauna di Kepulauan Borneo (1996-2018). Novel Zhang pada peringkat mutakhir sebenarnya amat berkait rapat dengan penulisan beliau pada zaman remaja di Sarawak, sehingga meninggalkan jejak-jejak pengalaman kedewasaan serta perubahannya. Kajian ini cuba memanfaatkan Teori Bildungsroman untuk meneliti karya-karya peringkat awalnya yang disiarkan di Miri Daily News, majalah Xuebao (Penuntut) dan majalah Chao Foon yang diterbitkan di Semenanjung serta empat buah kumpulan fiksyen yang telah dibukukan. Kajian ini akan meninjau unsur-unsur yang mendorong beliau mendekati dunia penulisan sastera di Borneo sejak 1970-an. Seterusnya, kajian akan memberi fokus kepada analisis penulisan karya Bildungsroman, khususnya cerpen dan novelet, mengikut tema luaran dan dalaman. Akhirnya, pengkaji akan meninjau hubungan penulisan karya Bildungsroman Zhang Guixing pada 1970-an dengan karya mutakhir beliau.


Download File

[img] Text
FBMK 2020 39 - IR.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Bildungsromans, Chinese
Subject: Chinese literature
Call Number: FBMK 2020 39
Chairman Supervisor: Profesor Madya Chong Fah Hing, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Zhang Guixing, Borneo, Bildungsroman, Tema luaran, Tema dalaman
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 19 Aug 2021 01:14
Last Modified: 19 Aug 2021 01:14
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89958
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item