Citation
Raghavan, Prabagaran
(1998)
Iklim Organisasi dan Perkaitannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah di Ampang.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi
dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di Ampang. Populasi kajian ialah 529 orang
guru sekolah menengah dengan sampel seramai 200 orang. Data dikumpul dari 175
responden dengan menggunakan soal selidik yang mereka nilai sendiri. Borang soal selidik
yang digunakan terdiri dari enam item yang berkaitan dengan latar belakang guru, 37 item
digubal untuk mengukur tahap iklim organisasi dan 12 item untuk mengukur tahap prestasi
kerja.
Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson, dan
ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan responden menganggap iklim organisasi adalah
pada tahap sederhana dan prestasi kerja adalah pada tahap sederhana juga. Secara
keseluruhan, iklim organisasi dengan prestasi kerja mempunyai perkaitan positif yang
sederhana.
Penemuan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara persepsi
guru siswazah dengan guru bukan siswazah terhadap prestasi kerja. Hasil kajian juga
rnendapat tidak terdapat perbezaan di antara persepsi guru lelaki dengan guru wanita
terhadap prestasi kerja.
Kajian mencadangkan pentadbir sekolah harus memperbaiki dimensi-dimensi iklim
organisasi sekolah yang lemah dan yang menjadi sebagai penghalang kepada peningkatan
prestasi kerja guru. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian seterusnya dijalankan
untuk membandingkan persepsi guru terhadap iklim organisasi dan prestasi kerja di sekolah
rendah, sekolah swasta, dan sekolah asrarna penuh dengan rnenggunakan sampel yang
lebih besar. Juga dicadangkan kajian akan datang menggunakan lebih ban yak dimensi iklim
organisasi untuk mengukur tahap iklim organisasi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |