Citation
Sharif, Zainudin
(1998)
Memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukan pemimpin Organisasi Pertubuhan Belia Negeri Sembilan.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian mengenai memahami elemen-elemen pembangunan diri
pengikut dalam pembentukkan pemimpin telah dijalankan secara
kualitatif. Seramai lima orang pemimpin telah ditemubual secara mendalam untuk menceritakan pengalaman mereka. Data-data yang diperoleh dikumpulkan ke dalam empat kategori iaitu: (1) konsep
pengikut dan pengikutan; (2) konsep pemimpin dan kepimpinan;(3)
elemen-elemen proses pembentukkan pemimpin; dan (4) masalahmasalah
berkaitan dengan pembangunan diri pengikut dan pemimpin.
Kajian mendapati bahawa kefahaman pemimpin belia tentang
konsep pengikut dan pengikutan adalah jelas dan mereka mengakui
bahawa pengikut dalam organisasi belia perlu menunjukan imej aktif,
pelaksana, berkeIjasama, sukarela, kesedaran dan ingin belajar.
Pemimpin belia bersetuju membangunkan pengikut yang efektif dalam
organisasi bella sangat penting kerana ia membantu pengikut
membangunkan diri untuk menjadi pemimpin. Pengikutan yang efektif
mempunyai elemen-elemen seperti kebolehan mempengaruhi rakan,
mematuhi arahan ketua, memberi maklumbalas kepada ketua,
bertanggungjawab terhadap pemimpin dan organisasi, melaksanakan
program dan bertindak sebagai agen perubahan. Kajian juga mendapati
matlamat pengikutan ahli bella adalah untuk memberi sumbangan ide,
kemahiran, kepakaran, mematuhi dan mentaati pemimpin dan bersedia
untuk menggantikan pemimpin.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Leadership |
Subject: |
Community leadership - Negeri Sembilan |
Subject: |
Youth volunteers in community development - Negeri Sembilan |
Call Number: |
FPP 1998 7 |
Chairman Supervisor: |
Hajjah Rusinah Joned |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
28 Dec 2010 04:29 |
Last Modified: |
12 Mar 2024 00:30 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8991 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |