Citation
Kassim, Mohar
(1998)
Pendapat Jurulatih-Jurulatih Kebangsaan Terhadap Program Latihan Mental.
[Project Paper Report]
Abstract
Program latihan mental merupakan salah satu bentuk latihan yang perlu
dilakukan, selain daripada program latihan fizikal, teknikal dan taktikal.
Oleh itu, para jurulatih tidak seharus mengenepikan program latihan mental
dalam usaha melatih atlit mencapai kejayaan yang cemerlang. Andaian yang
menyatakan program latihan mental tidak penting, khususnya dalam sukan prestasi tinggi adalah tidak tepat pada masa kini. Ini kerana banyak kajian
telah membuktikan bahawa setiap lakuan kemahiran mempunyai hubungan
yang rapat dengan fungsi mental. Oleh itu, peranan jurulatih juga perlu
diambilkira dari aspek pengetahuan dan kemahiran mereka terhadap
program latihan mental dalam usaha melatih atlit dengan lebih sistematik
dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, penyelidik telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan kajian ini agar dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi
mengenai sikap, pengetahuan, kemahiran dan pendedahan yang ada pada
jurulatih-jurulatih kebangsaan. Dapatan kajian telah diperolehi melalui
kajian soal selidik dan temu bual ke atas penyelidik telah dapat mengetahui
pendapat jurulatih-jurulatih kebangsaan terhadap program latihan mental
dari aspek, pertama, sejauh mana program latihan mental diberi penekanan,
kedua, masalah-masalah yang dihadapi oleh jurulatih dan ketiga, strategistrategi
yang digunakan oleh mereka dalam program latihan mental.
PenyeIidik juga ada menyarankan beberapa cadangan bagi mengatasi
masalah yang telah dikenalpasti. Semoga cadangan-cadangan yang
dikemukakan dijadikan sebagai satu garispanduan untuk mengubah
keadaan yang berkaitan kepada yang terbaik ke arah mencapai kejayaan
yang cemerlang kini dan akan datang.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Coaching (Athletics) - Malaysia - Psychological aspects |
Subject: |
Sports - Malaysia - Psychological aspects |
Call Number: |
FPP 1998 6 |
Chairman Supervisor: |
Tuan Sheikh Kamaruddin Bin Sheikh Ahmad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
28 Dec 2010 04:09 |
Last Modified: |
25 Jul 2011 08:16 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8990 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |