Citation
Yaacob, Ahmad Nasir
(1998)
Pengaruh kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja ke atas prestasi kerja di Bahagian Audit dan Akaun, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Ketidakpuasan terhadap persekitaran kerja selalunya dapat
digambarkan melalui beberapa rungutan. Rungutan juga boleh disebabkan
oleh beberapa faktor kerja yang terdapat dalam sesebuah organisasi.
Manakala faktor kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja itu sendiri mungkin
mempengaruhi pula prestasi kerja kakitangan.
Berdasarkan rungutan dari kakitangan di Bahagian Audit dan
Akaun, Jabatan Pembangunan Koperasi (Ibu Pejabat), objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan kepuasan kerja dan faktor-faktor
kerja dengan prestasi kerja di kalangan pegawai-pegawai Jabatan tersebut.
Populasi kajian adalah seramai 48 orang responden, iaitu semua
kakitangan di bahagian Audit dan Akaun. Pengumpulan data menggunakan
borang soal selidik dan data yang diperolehi telah dianalisa dengan
menggunakan program 'Statistical Package for Social Science (SPSS for
window). Analisis kore1asi Pearson digunakan untuk menjelaskan
hubungan dan kekuatan hubungan antara faktor-faktor kerja dengan
prestasi kerja dan kepuasan kerja dengan prestasi kerja.
Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap kepuasan kerja
bagi kebanyakan kakitangan (82%) di bahagian Audit dan Akaun adalah
sederhana. Begitu juga dengan faktor-faktor kerja, 93% responden bersetuju
secara sederhana bahawa faktor perhubungan antara kakitangan dan pihak
atasan berperanan dalam meningkatkan prestasi kerja. Manakala dari
aspek pre stasi kerja kebanyakan responden (95%) mempunyai prestasi ketja
yang tinggi tetapi pencapaian prestasi itu tidak berhubung secara signifikan
dengan faktor kepuasan kerja dan faktor-faktor kerja. Bagaimanapun secara
khususnya, faktor ganjaran adalah penting untuk meningkatkan pre stasi
kerja.
Kajian mencadangkan bahawa pihak pengurusan wajar
meningkatkan kepuasan kerja kakitangan dengan memperbaiki keadaan
persekitaran kerja dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh
meningkatkan hubungan antara kakitangan. Dari aspek perhubungan, ganjaran, sokongan dan struktur organisasi, perlu dipertingkatkan lagi
keberkesanannya. Bagi penyelidik-penyelidik yang akan datang adalah
dicadangkan supaya menggunakan kaedah soalan-soalan terbuka dan
kualitatif yang mana mungkin boleh menyokong kajian ini kerana
pernyataan-pernyataan lisan kakitangan akan menggambarkan situasi
sebenar dan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Malaysia - Officials and employees |
Subject: |
Job satisfaction - Malaysia |
Subject: |
Employee motivation - Malaysia |
Call Number: |
FPP 1998 4 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Haji Saidin bin Teh |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
28 Dec 2010 03:40 |
Last Modified: |
12 Mar 2024 00:23 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8988 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |