UPM Institutional Repository

Pengaruh faktor perhubungan penyeliaan dan proses penilaian terhadap kompetensi kaunseling dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia


Citation

Arifin, Suhaili (2020) Pengaruh faktor perhubungan penyeliaan dan proses penilaian terhadap kompetensi kaunseling dalam kalangan kaunselor pelatih di universiti awam Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Faktor perhubungan penyeliaan dan faktor proses penilaian merupakan dua komponen penting yang boleh mempengaruhi kompetensi kaunselor pelatih dalam penyeliaan. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti perkaitan dan pengaruh faktor perhubungan penyeliaan (kebimbangan, kompleksiti kognitif, konflik peranan, dan kekaburan peranan) dan faktor proses penilaian (penetapan matlamat dan maklum balas) terhadap kompetensi kaunselor pelatih dalam proses penyeliaan. Reka bentuk kajian ini adalah jenis korelasi. Terdapat dua populasi terlibat dalam kajian ini iaitu kaunselor pelatih dan pensyarah penyelia daripada sembilan universiti awam Malaysia. Responden dipilih menggunakan teknik rawak berstrata dengan jumlah sampel kaunselor pelatih (n=217), dan pensyarah penyelia (n=67). Dua set instrumen disediakan berasingan untuk diedarkan kepada kaunselor pelatih dan pensyarah penyelia. Set kaunselor pelatih terdiri daripada maklumat demografi, Anticipatory Supervisee Anxiety Scale, Need for Cognition Scale, Roles Conflict and Roles Ambiguity Inventory, dan Evaluation Process in Supervision Inventory. Sementara set pensyarah penyelia mengandungi maklumat demografi dan Counseling Competencies Scale. Dapatan analisis Pearson’s Product-Moment Coefficient menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas dalam kajian ini mempunyai hubungan signifikan dengan kompetensi kaunselor pelatih. Sementara analisis Multiple Linear Regression menunjukkan kedua-dua faktor mempengaruhi kompetensi kaunselor pelatih dalam penyeliaan secara signifikan iaitu kebimbangan, kompleksiti kognitif, dan kekaburan peranan, penetapan matlamat dan maklum balas . Keseluruhannya boleh dirumuskan dapatan kajian menunjukkan kedua-dua faktor iaitu perhubungan penyeliaan dan faktor proses penilaian menyumbang terhadap kompetensi kaunseling kaunselor pelatih dalam penyeliaan. Sehubungan itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu panduan kepada pendidik kaunselor tentang keperluan kedua-dua faktor ini diberi tumpuan dalam kurikukum dan proses penyeliaan. Dapatan kajian juga boleh dijadikan sumber tambahan kepada Lembaga Kaunselor dan Malaysia Qualification Accreditation terhadap kepentingan kompetensi kaunseling dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam bidang pendidikan dan latihan kaunseling di negara ini. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar kajian lanjutan dapat dijalankan dengan kolaborasi bersama penyelia agensi.


Download File

[img] Text
FPP 2020 36 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Supervision - Research
Subject: Counselors - Supervision of - Malaysia
Subject: Counselor trainees - Malaysia
Call Number: FPP 2020 36
Chairman Supervisor: Profesor Sidek Mohd Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 22 Jun 2021 05:45
Last Modified: 07 Dec 2021 03:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89841
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item