Citation
Mohammed, Mokhtar
(1997)
Faktor-faktor kegagalan membebaskan diri daripada dadah di kalangan penagih.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini dijalankan di Pusat Serenti Sungai Petani, Kedah. Tujuannya
ialah untuk melihat faktor-faktor kegagalan membebaskan diri daripada dadah di
kalangan penagih. Juga untuk mengetahui situasi penghuni-penghuni berdasarkan
rangsangan dalaman dan rangsangan sosial dalam konteks perubahan. Seramai
116 orang penghuni yang telah gagal membebaskan diri daripada dadah setelah
mengikuti program rawatan dan pemulihan di pusat-pusat serenti telah dipilih
untuk dijadikan sampeI kajian. Data-data dikumpulkan melalui temubual
berpandukan soal selidik semi struktur yang mengandungi berbagai soalan
berkaitan dengan faktor individu, sosial, keluarga, masyarakat, pentadbiran dan persekitaran untuk membebaskan diri daripada dadah. Keputusan dilihat
berdasarkan pemeratusan dan kekerapan. Keputusan menunjukkan faktor
individual, sosial, keluarga, masyarakat, pentadbiran dan persekitaran
mempengaruhi fenomena kejayaan untuk membebaskan diri daripada dadah.
Dalam konteks perubahan pula, kebanyakan penghuni berisiko tinggi untuk
menagih semula selepas dibebaskan dari pusat serenti.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |