UPM Institutional Repository

Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Atas


Citation

Buntal, Mohd Yazid (1997) Kematangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Atas. [Project Paper Report]

Abstract

Ramai pelajar sekolah menengah atas didapati menghadapi masalah untuk memilih matapelajaran dan kerjaya masa depan. Untuk memahami masalah dengan lebih mendalam, kajian ex-post facto telah dibuat ke atas pelajar-pelajar tingkatan 4. di empat buah sekolah yang berlainan di Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada sebuah sekolah agama berasrama penuh, sebuah sekolah agama harian, dua buah sekolah harian biasa. Semuanya adalah jenis sekolah bercampur dan mempunyai kelas sains dan bukan sains. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada 228 pelajar lelaki dan perempuan daripada seramai 420 pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Alat kajian ialah satu soalselidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Biodata dan Inventori Kematangan Kerjaya (IKK). Dua jenis alat pengukur statistik telah digunakan iaitu ujian-t dan ANOVA pada araskeertian .05. Ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan kematangan kerjaya antara pembolehubah-pembolehubah jantina, jurusan (sains dan bukan sains), dan jenis sekolah (aliran agama dan bukan aliran agama). ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan kematangan kerjaya antara empat sekolah yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan dari kajian ini menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pembolehubah-pembolehubah secara keseluruhan. Walau bagaimana pun tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap antara jantina dan antara jurusan. Tiada perbezaan yang signifikan yang dilihat dalam mengenali diri antara jantina. Pada keseluruhannya skor min yang diperolehi daripada semua komponen dalam IKK untuk semua pembolehubah adalah sederhana. lni menunjukkan bahawa kematangan kerjaya di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 adalah kurang memuaskan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlunya Kementerian Pendidikan Malaysia memasukkan Pendidikan Kerjaya sebagai satu matapelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha untuk membatu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_37_A.pdf

Download (661kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Students - Career education - Case studies
Call Number: FPP 1997 37
Chairman Supervisor: Encik Sidek bin Mohd. Noah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 02:40
Last Modified: 25 Jul 2011 08:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8983
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item