Citation
Nollie, Tommy
(1997)
Perbandingan Ujian Kloz dan Ujian Aneka Pilihan Untuk Menilai Kefahaman Membaca dalam Bahasa Melayu.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan dan membandingkan tahap
kebolehpercayaan dua bentuk ujian kefahaman membaca, iaitu ujian kloz (UK) dan
ujian aneka pilihan (UAP). Di samping itu, kajian ini ingin meninjau tahap bacaan am
dan prestasi pemahaman membaca teks Bahasa Melayu (BM) di kalangan guru peiatih
yang berbeza jantina dan program pengajian. Sejumlah 140 guru pelatih (48 lelaki dan 92 perempuan) yang mengikuti program Diploma Perguruan Malaysia dari
Maktab Perguruan Sandakan Sabah telah dipitih untuk kajian ini. Data telah diperoleh
dengan mentadbirkan UK dan UAP. Data kemudian dianalisis dan ditentukan tahap
kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah 'split-half Spearman-Brown. Tahap bacaan am ditentukan dengan menggunakan skala Anderson berdasarkan skor
peratusan, dan prestasi guru pelatih dibandingkan berdasarkan min skor piawai.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan UK adaIah lebih tinggi
berbanding UAP, iaitu 0.86 bagi UK dan 0.82 bagi UAP. Tahap bacaan am guru
pelatih secara keseluruhan (N = 140) adalah lebih baik dalam UK berbanding dalam
UAP. Tahap bacaan am guru pelatih perempuan didapati lebih baik berbanding guru
pelatih lelaki daIam kedua-dua ujian. Berdasarkan program pengajian, tahap bacaan
am guru pelatih dari program Pengajian Matematik /Sains (PMT/SN), Pengajian
Bahasa Inggeris lKemahiran Hidup (PBIIKH) dan Pengajian Islam / Pengajian Melayu
(PI/PM) menunjukkan tahap bacaan yang lebih tinggi dalam UK berbanding dengan
guru pelatih dari program Pengajian MatematikIKajian Tempatan (PMTIKT) dan
Pengajian Sains/ Pendidikan Jasmani Kesihatan (PSIPJK). Manakala daIam UAP
hanya guru pelatih dari program PSIPJK menunjukkan tahap bacaan am yang lebih
baik berbanding dengan empat program pengajian yang lain.
Bagi pre stasi pemahaman membaca teks BM, secara keseluruhan dapatan
kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan guru pelatih
yang mengambil UK dan UAP. Dari segi jantina, guru pelatih perempuan
menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding guru pelatih lelaki dalam UK dengan
nilai t (138) =4.42, P < 0.001. Manakala dalam UAP, tidak wujud perbezaan yang
bererti di antara guru pelatih lelaki dengan guru pelatih perempuan. Analisis ANOVA sehala menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara guru pelatih pelbagai
program dalam UK dengan nilai F (4,135) = 42.08, p < 0.001. Dalam UAP, analisis
ANOVA sehala juga menunjukkan berbezaan yang signifikan di antara guru pelatih
pelbagai program dengan nilai F (4,132) = 2.909, P < 0.05. Berdasarkan ujian
Tukey-B dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lima program dalam UK berbeza
seeara signifikan, iaitu PMT/SN, PBIIKH, dan PIIPM berbanding hanya satu dalam
UAP iaitu PSIPJK.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |