Citation
Othman, Abu Hassan
(1997)
Penguasaan Kefahaman Bacaan di Kalangan Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan, Daerah Kota Setar Negeri Kedah Darul Aman.
[Project Paper Report]
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kefahaman
bacaan di kalangan murid tahun lima sekolah kebangsaan di Daerah Kota Setar,
Kedah Darul Aman. Selain itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk melihat tahap
penguasaan kefahaman baeaan murid dalam petikan yang bereorak penerangan
dan naratif. Perkara-perkara lain lagi yang dilihat ialah sarna ada terdapat perbezaan
penguasaan kefahaman bacaan dari segi jantina, sama ada wujud
perkaitan antara jenis pekerjaan bapa, penggunaan perpustakaan, dan penyediaan
bahan dengan penguasaan kefahaman baeaan am dan akhir sekali untuk mengenal
pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman bacaan di kalangan murid.
Subjek penyelidikan ini terdiri daripada 200 orang murid tahun lima di lima
buah sekolah kebangsaan di Daerah kota Setar, Kedah. Sekolah-sekolah tersebut
ialah SK Sungal Baru, SK Kubang Teduh, SK Alur Melintang, SK Bukit Pinang, dan
SK Dato' Shaari. Data penyelidikan telah diperoleh dengan menggunakan dua jenis Instrumen penyelidikan, iaitu soal selidik dan soalan kefahaman. Soalan kefahaman
terdiri daripada Ujian Soalan secara Terbuka dan Ujian Kloz. Data dianalisis dengan
menggunakan taburan kekerapan, peratus, min, dan khi-kuasa dua
Dapatan penyelidikan ini seeara keseluruhannya menunjukkan bahawa
penguasaan kefahaman baeaan murid dalam Ujian Soalan Secara Terbuka
berdasarkan Taksonomi Lamberg dan Lamb ialah 76.25% murid menjawab dengan
betul soalan tahap kefahaman literal, 55.25% tahap kefahaman tafsiran dan 38.00%
tahap kefahaman kritis. Ini bermakna 21.75% murid salah menjawab tahap
kefahaman literal dan 2.00% tidak menjawab langsung berbanding 36.50% yang
salah tahap kefahaman tafsiran dan 8.25% tidak menjawab langsung. Penguasaan
kefahaman pada tahap kefahaman kritis lebih merosot apabila 45.75% murid salah
dan 15.75% tidak menjawab langsung. Hal ini adalah disebabkan oleh soalan tahap
kefahaman kritis lebih sukar daripada tahap kefahaman tafsiran dan literal. Oleh
yang demikian, penguasaan kefahaman baeaan murid lahun lima dl sekolah-sekolah
tersebut adalah sederhana sahaja.
Dari segi penguasaan kefahaman tahap bacaan am pula, dalam Ujian Kloz
hanya 21.50% murid mencapai tahap bacaan persendirian, 33.50% tahap baeaan
bimbingan, dan 45.00% tahap baeaan kecewa. Ini menunjukkan bahawa hampjr
separuh daripada keseluruhan murid yang dikaji berada pada tahap bacaan kecewa.
Oleh itu, keadaan ini memerlukan pengawasan dan bimbingan yang sepenuhnya
daripada guru-guru, ibu bapa, dan masyarakat amnya bagi mengatasi masalah
dalam pembacaan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |