Citation
Abang Abai, Dayang Shobihah
(2019)
Pencapaian usahawan asnaf penerima bantuan modal daripada lima institusi zakat terpilih di Malaysia dari perspektif Maqasid Syariah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Keusahawanan merupakan bidang yang mendapat perhatian serta memberikan sumbangan
terhadap peningkatan globalisasi dunia. Sejajar dengan itu, aspek pembangunan dan
pembasmian kemiskinan turut menjadi isu serta diberi perhatian oleh Institusi zakat, di
Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami
pencapaian usahawan asnaf penerima bantuan modal perniagaan mengikut maqasid syariah
di institusi zakat Malaysia menerusi beberapa isu dan persoalan. Isu-isu yang ditimbulkan
adalah menyalahgunakan bantuan modal yang telah diberikan termasuk mesin dan
peralatan-peralatan, ketidakcukupan modal bantuan perniagaan kepada usahawan asnaf,
kekurangan latihan, bimbingan serta pemantauan daripada Institusi zakat masih lagi lemah dalam
mengagihkan dana zakat kerana kurangnya penghayatan dalam maqasid syariah. Seterusnya daripada
beberapa isu ini, timbul beberapa persoalan dalam kajian penyelidik. Persoalan yang
pertama apakah bentuk bantuan modal perniagaan yang dijalankan di Institusi zakat Malaysia.
Persoalan yang kedua pula sejauhmanakah proses perlaksanaan agihan bantuan modal perniagaan
terhadap usahawan asnaf di Institusi zakat. Persoalan yang ketiga pula, apakah strategi
penambahbaikkan bantuan modal perniagaan terhadap ushawan asnaf di Institusi zakat, Malaysia
dan persoalan yang keempat pula sejauhmanakah pencapaian bantuan modal perniagaan
terhadap usahawan asnaf mengikut maqasid syariah di Institusi zakat, Malaysia. Kajian ini
menggunakan dua teori asas iaitu teori peradaban (Malik Bennabi) dan teori keperluan
(Maslow). Kedua- dua teori ini dijadikan sebagai landasan untuk penyelidik
menjalankan kajian. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif
iaitu melibatkan lima orang informan pegawai zakat dan dua belas usahawan asnaf sebagai informan
kajian. Seramai lima orang usahawan asnaf telah mencapai maqasid syariah dan tujuh orang tidak
mencapai. Dalam kajian ini penyelidik telah memfokuskan lima orang yang telah mencapai kelima-lima
aspek maqasid syariah iaitu dari aspek agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Teknik
persampelan bertujuan digunakan berserta beberapa kriteria tertentu dalam pemilihan sampel kajian ini. Teknik pengumpulan data dalam kajian ini
merangkumi temu bual semi berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta. Penyelidik telah
menggunakan kaedah tematik secara manual dalam menguruskan data dan menganalisis data kajian.
Kesahan dan kebolehpercayaan juga diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian ini menunjukkan
bahawa bantuan modal perniagaan membantu golongan usahawan asnaf dalam perniagaan
serta membantu mereka mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa tema yang terhasil daripada apakah bentuk agihan bantuan modal
perniagaan yang dijalankan adalah bentuk kewangan dan bentuk peralatan. Manakala tema yang
terhasil dari segi perlaksanaan agihan bantuan modal pula adalah usahawan asnaf, borang
permohonan serta program usahawan asnaf. Seterusnya tema yang terhasil daripada strategi
penambahbaikkan bantuan modal pula adalah kursus/latihan, kecukupan modal dan pemantauan.
Manakala dari aspek pencapaian bantuan modal mengikut aspek maqasid syariah pula tema
yang terhasil adalah pencapaian agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian pencapaian bantuan modal perniagaan mengikut maqasid syariah
tercapai tetapi masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki contohnya dari aspek pemantauan,
kakitangan dan juga pengurusan perlu dipertingkatkan lagi agar ianya mencapai matlamat
maqasid syariah yang sebenar. Justeru itu, bagi memastikan sistem pengurusan zakat diurus
dengan baik, adil dan amanah, pihak Institusi zakat perlu menjadikan maqasid syariah sebagai
dasar kutipan dan agihan zakat dengan mengambil kira lima aspek keutamaan dalam alDaruriyyat al-
Khams iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal,
pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Small business - Case studies |
Subject: |
Zakat - Malaysia |
Subject: |
Business - Religious aspects - Islam |
Call Number: |
FEM 2020 4 |
Chairman Supervisor: |
Mohd Daud Awang, PhD |
Divisions: |
Faculty of Human Ecology |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
08 Jun 2021 02:43 |
Last Modified: |
07 Dec 2021 04:47 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/89798 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |