Citation
Ali, Zaid
(1997)
Kebolehpercayaan dan Kesahan Ramalan Instrumen Pengujian Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan STPM.
[Project Paper Report]
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan
pengetahuan dan kemahiran bahasa pelajar-pelajar tingkatan enam atas,
kebolehpercayaan dan kesahan ramalan instrumen pengujian Bahasa
Melayu, kertas 1, yang digunakan dalam peperiksaan percubaan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia di lima buah sekolah menengah atas, di daerah Batu
Pahat, Johor.
Kaedah kajian deskriptif tinjauan digunakan dalam penyelidikan ini.
Seramai 250 orang pelajar tingkatan enam atas yang mengambil mata
pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan STPM telah dipilih untuk menjadi sampel penyelidikan ini. Data-data penyelidikan diperoleh
dengan menganalisis 15,000 respons jawapan aneka pilihan pelajar-pelajar.
Data-data dianalisis untuk memperoleh frekuensi, min, peratus, dan
sisihan piawai markat-markat ujian bagi menentukan tahap penguasaan
pengetahuan dan kemahiran bahasa pelajar-pelajar tingkatan enam atas.
Indeks Kesukaran (IK) dan Indeks Oiskriminasi (10) item instrumen pengujisn
ditentukan berdasarkan formula IK dan 10 (Gronlund, 1977).
Kebolehpercayaan instrumen pengujian pula ditentukan dengan
menggunakan kaedah 'split half - Spearman Brown dan analisis statistik
Pekali Alpha Cronbach, manakala analisis statistik Pekali Korelasi Pearson
digunakan untuk menentukan kesahan ramalan instrumen pengujian.
Oapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa pelajarpelajar
tingkatan enam atas di lima buah sekolah yang dikaji dalam aspek
pengetahuan dan kemahiran bahasa yang diuji adalah pada tahap
sederhana. Hasil analisis markat-markat untuk menentukan IK instrumen
pengujian menunjukkan bahawa item-item ujian yang digunakan tidak
mempunyai nilai IK item pengujian yang baik, begitu juga dengan nisbah
pemeringkatan aras kesukaran item-item.
Berhubung dengan 10 item pengujian, dapatan kajian menunjukkan
bahawa instrumen pengujian yang digunakan dalam peperiksaan percubaan
tersebut tidak mempunyai 10 item pengujian yang baik, sarna ada dari segi
nilai 10 bagi setiap item ataupun nisbah keseimbangan taburan 10 item-item.Dari segi kebolehpercayaan instrumen pengujian pula, hasil kajian
mendapati bahawa instrumen pengujian peperiksaan percubaan yang
digunakan di sekolah-sekotah terse but mempunyai nilai indeks
kebolehpercayaan yang lebih rendah daripada piawai indeks
kebotehpercayaan pengujian, iaitu 0.85. Kajian ini membuktikan bahawa
instrumen pengujian peperiksaan percubaan tersebut tidak mempunyai
kebolehpercayaan sebagai instrumen penilaian rujukan norma.
Hasil analisis statistik Pekali Korelasi Pearson membuktikan bahawa
korelasi antara gred peperiksaan percubaan dengan gred STPM, mempunyai
nilai korelasi yang rendah berbanding dengan piawai nilai kOTelasi kesahan
ramalan instrumen pengujian rujukan norma yang baik. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa instrumen pengujian peperiksaan percubaan tersebut
tidak mempunyai kesahan ramalan yang baik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |