UPM Institutional Repository

Pengaruh Faktor Bukan Akademik Terhadap Minat dan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Prauniversiti


Citation

Daing Melebek, Abdul Rashid (1997) Pengaruh Faktor Bukan Akademik Terhadap Minat dan Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Prauniversiti. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengkaji pengaruh faktor bukan akademik terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu di kalangan pelajar prauniversiti. Sebanyak sepuluh buah sekolah di negeri Selangor dipilih secara rawak dan semua pelajar prauniversiti di sekolah tersebut menjadi responden kajian (N=415). Data kajian dikumpul dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu Ujian Khas Tatabahasa Bahasa Melayu, Soal Selidlk Minat dan Ujian Menulis Karangan. Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina, ras, Status Sosio Ekonomi (SSE) dan tempat tinggal pelajar terhadap minat dan penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Hasil karangan pelajar dianalisis mengikut bilangan kesalahan aspek-aspek tatabahasa. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi penguasaan dan minat menguasai tatabahasa. Ras, SSE dan tempat tinggal mempengaruhi penguasaan tatabahasa dan minat menguasai tatabahasa. Analisis kesalahan tatabahasa dalam karangan juga menunjukkan pola yang tertentu mengikut jantina, ras, SSE dan tempat tinggal responden. Terdapat beberapa kajian lepas tidak disokong oIeh dapatan kajian ini. Oleh itu, berdasarkan hasil kajian ini, satu penilaian semula pengaruh faktor bukan akademik perlu dijalankan.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_27_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Grammar - Case studies
Call Number: FPP 1997 27
Chairman Supervisor: Professor Dr. Abdul Hamid Mahmood
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 01:45
Last Modified: 09 Sep 2011 02:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8975
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item