Citation
Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
(2010)
WUPID Bahas Isu Pembangunan Tenaga Nuklear di Malaysia.
[UPM News]
Abstract
SERDANG, 22 Disember – Empat universiti terkemuka dunia berdebat mengenai sejauh mana keperluan membina stesen jana kuasa tenaga nuklear di Malaysia dalam pertandingan akhir kejohanan World Universities Peace Invitational Debate (GEMS-WUPID) 2010 di sini.
Debat ala parlimen British itu menampilkan University of Cambridge dan University of Monash selaku wakil kerajaan bersaing dengan University of Sydney dan National University of Singapore (NUS) sebagai wakil pembangkang.
WUPID yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia dan H&G Strategic Communications yang bertemakan ‘This house support Malaysia’s plan to develop nuclear energy’ itu dimenangi NUS.
Peserta NUS, Muhammad Imran Abdul Rahim berkata pasukannya yang turut dianggotai oleh Robin Teo mengkritik kewujudan stesen menjana tenaga nuklear di Malaysia dengan mengumpulkan banyak bukti isu-isu semasa bagi memelihara alam sekitar.
“Kemenangan ini tidak dijangkakan kerana saingan dari universiti Eropah lain amat sengit,” katanya yang menggondol hadiah wang tunai RM5 ribu berserta piala pusingan.
Pendebat individu terbaik dimenangi oleh Claudia Newman Martin dari Australian National University meraih hadiah wang tunai RM1 ribu.
Sebanyak 25 buah universiti terkemuka dari seluruh dunia bertanding dalam pertandingan yang dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, dengan Malaysia menampilkan wakilnya, Universiti Teknologi Mara Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Wakil juara bertahan Tim Mooney dan Bronwyn Cowell dari University of Sydney berkata walaupun pasukannya tewas, mereka menyifatkan saingan pada masa kini lebih hebat berbanding tahun lalu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |