UPM Institutional Repository

Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan


Citation

Abdul Wahab, Muhammad Nubli (1997) Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan. [Project Paper Report]

Abstract

Kerukunan rumah tangga asas pada kesejahteraan masyarakat. Realiti kini menunjukkan keutuhan institusi ini tergugat khususnya di kalangan belia. Pemerhatian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkannya lemah adalah kerana kurangnya persediaan di kalangan bakal suami isteri untuk mendirikan rumah tangga. Oleh itu, kedudukan sebenar persediaan belia untuk berkahwin perlu dikaji dan dikenalpasti. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap persediaan belia yang akan berkahwin dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan. Untuk itu, kajian ini melihat persediaan perkahwinan di kalangan 482 orang belia terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Temerluh. Penemuan kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai tahap persediaan untuk berkahwin yang sederhana dalam ketiga-tiga aspek persediaan iaitu, persediaan pengetahuan adalah lebih lemah berbanding persediaan sikap dan amalan untuk berkahwin. Hasil kajian mendapati aspek persediaan perkahwinan yang berkaitan dengan pengetahuan dan amalan terhadap agama Islam adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain. Salah satu faktor yang mempunyai hubungan dengan kelemahan persediaan ini adalah tahap pendidikan formal yang telah dilalui oleh belia. Belia yang rendah tahap tahap pendidikannya mempunyai tahap persediaan perkahwinan yang lebih lemah. Kajian penerokaan ini merumuskan bahawa para belia yang diambil sebagai responden kurang bersedia untuk berkahwin. Adalah dicadangkan agar kajian selanjutnya dalam bidang ini diteruskan dengan tujuan program-program penyediaan belia untuk berkahwin boleh dikemaskinikan bagi pembentukan masa depan generasi negara yang lebih mantap.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_22_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Muslim youth - Marriage - Case studies
Call Number: FPP 1997 22
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 08:36
Last Modified: 25 Jul 2011 07:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8970
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item