Citation
Ibrahim, Mustafa
(1997)
Penerimaan pelaksanaan penilaian prestasi Sistem Saraan Baru.
[Project Paper Report]
Abstract
Penilaian Prestasi Sistem Saraan Baru mengikut Pekeliling Perkhidm atan
Bil. 4 Tahun 1992 telah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam mulai
1 Januari 1993 dengan pengubahsuaian laporan penilaian prestasi semasa
Laporan Jawatankuasa Kabinet. Memandangkan letakadar prestasi sebagai satu
pendekatan ke arah perancangan dan pengurusan sumber tenaga manusia,
maka kajian ini diusahakan untuk melihat adakah sistem penilaian prestasi baru ini
diurus dan dilaksanakan dengan sempurna, adil dan berkesan. Responden dalam kajian ini terdiri dari Pegawai Tadbir Gred N3 di Universiti
Putra Malaysia yang merupakan pentadbir sepenuh masa di Institusi Pengajian
Tinggi Awam, yang terlibat sarna menjamin pelaksanaan program penilaian
dengan lebih mantap.
Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kesesuaian
aspek penetapan sasaran kerja tahunan sebagai kuantitinya dan kriteria penilaian
sebagai kualitinya; dan untuk mengetahui sejauhmana kaedah pengukuran dan
pengikhtirafan yang digunakan dalam penilaian pretsai ini tepat dan berkesan;
serta untuk mengetahui sejauh mana responden bersedia menerimanya sebagai
sistem penilaian yang terbaik.
Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakan responden bersetuju bahawa
pelaksanaan Penilaian Prestasi baru perlu diperbaiki, diurus dan dilaksanakan
secara adil dan berkesan, manakala kemajuan dalam perancangan sasaran kerja
tahunan perlu dinilai secara terbuka.
Dari segi kesesuaian kriteria pengukuran, responden tidak pasti siapa yang
sepatutnya menyediakan sasaran kerja tahunan dan mereka mendakwa tidak
diberi penjelasan lengkap mengenai arah haluan dan matlamat jabatan. Oleh itu
terdapat kesukaran menyediakan sasaran kerja tahu nan yang baik. Responden
juga tidak diberi penerangan mengenai arah haluan dan matlamat Jabatan masingxmasing pada setiap tahun. Di samping itu, kebanyakan pegawai penilai dikatakan
tidak pernah membuat semakan Sasaran Kerja Tahunan pada setiap pertengahan
tahun dan pegawai yang dinilai tidak pernah diberi teguran, apatah lagi diberitahu
pencapaian minimum prestasi kerja dan piawaian mutu kerja yang perlu dicapai.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |