Simple Search:

Suatu Kajian Untuk Menentukan Jenis Somatotaip dan Peratusan Lemak Badan di Kalangan Pemain-Pemain Bola Keranjang Wanita Kebangsaan Malaysia


Citation

Soh, Kim Geok (1997) Suatu Kajian Untuk Menentukan Jenis Somatotaip dan Peratusan Lemak Badan di Kalangan Pemain-Pemain Bola Keranjang Wanita Kebangsaan Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Kajian dijalankan untuk menentukan jenis somatotaip di kalangan pemainpemain bola keranjang wanita kebangsaan (PPBKWK) berlandaskan bentuk badan fizikal manusia yang telah dikemukakan oleh Sheldon. Ukuran telah dibuat berdasarkan kaedah yang telah disarankan oleh "Health dan Carter". Selain daripada itu, tahap peratusan lemak badan di kalangan pemain-pemain ini juga ditentukan berdasarkan ukuran lipatan kulit sejumlah tujuh lokasi yang telah dikemukakan oleh Pollock, Jackson dan Schmidt. Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya PPBKWK mempunyai komponen somatotaip mesomorfi-endomorfi. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan yang telah dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji yang menjalankan kajian ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit di Amerika Syarikat.Narnun, pemain-pemain yang bermain di posisi yang berlainan didapati rnemiliki tiga skala komponen somatotaip (endomorfi, mesomorfi dan ektomorfi) yang berbeza di antara satu sama lain. Selain daripada itu, perbezaan peratusan lemak badan juga dapat dikesan di kalangan pemain-pemain ini. Kajian yang pernah dijalankan ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit rnendapati bahawa peratusan lemak badan di kalangan pernain-pernain elit di Amerika Syarikat adalah di antara 10.00% hingga 16.00 %, manakala kajian ini mendapati bahawa PPBKWK mempunyai pertusuan lemak badan di antara 19.68% hingga 26.20%.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_15_A.pdf

Download (677kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Women basketball players - Malaysia - Somatotypes - Case studies
Call Number: FPP 1997 15
Chairman Supervisor: Sheikh Kamaruddin Bin Sheikh Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 14:36
Last Modified: 25 Jul 2011 15:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8963
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item