Citation
Soh, Kim Geok
(1997)
Suatu kajian untuk menentukan jenis somatotaip dan peratusan lemak badan di kalangan pemain-pemain bola keranjang wanita Kebangsaan Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian dijalankan untuk menentukan jenis somatotaip di kalangan pemainpemain
bola keranjang wanita kebangsaan (PPBKWK) berlandaskan bentuk badan
fizikal manusia yang telah dikemukakan oleh Sheldon. Ukuran telah dibuat
berdasarkan kaedah yang telah disarankan oleh "Health dan Carter". Selain
daripada itu, tahap peratusan lemak badan di kalangan pemain-pemain ini juga
ditentukan berdasarkan ukuran lipatan kulit sejumlah tujuh lokasi yang telah
dikemukakan oleh Pollock, Jackson dan Schmidt.
Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya PPBKWK mempunyai
komponen somatotaip mesomorfi-endomorfi. Dapatan ini adalah sama dengan
dapatan yang telah dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji yang menjalankan
kajian ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit di Amerika Syarikat.Narnun, pemain-pemain yang bermain di posisi yang berlainan didapati rnemiliki
tiga skala komponen somatotaip (endomorfi, mesomorfi dan ektomorfi) yang
berbeza di antara satu sama lain. Selain daripada itu, perbezaan peratusan lemak
badan juga dapat dikesan di kalangan pemain-pemain ini. Kajian yang pernah
dijalankan ke atas pemain-pemain bola keranjang wanita elit rnendapati bahawa
peratusan lemak badan di kalangan pernain-pernain elit di Amerika Syarikat adalah
di antara 10.00% hingga 16.00 %, manakala kajian ini mendapati bahawa
PPBKWK mempunyai pertusuan lemak badan di antara 19.68% hingga 26.20%.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |