Simple Search:

Persepsi Majikan Terhadap Pekerja Lulusan Politeknik dalam Penyediaan Tenaga Kerja Mahir


Citation

Khor, Choo Kwang (1997) Persepsi Majikan Terhadap Pekerja Lulusan Politeknik dalam Penyediaan Tenaga Kerja Mahir. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Penglibatan majikan dalam pendidikan vokasional sangat penting dalam mengenal pasti keberkesanan latihan yang diberikan kepada pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi majikan terhadap pekerja lulusan politeknik dalam penyediaan tenaga mahir. Pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ialah kebolehan lulusan politeknik, kepentingan ciri-ciri lulusan politeknik, ciri-ciri yang dimiliki oleh lulusan politeknik dan kurikulum politeknik . Kajian ini bersifat deskriptif. Populasi kajian terdiri daripada semua firma yang terlibat dalam program latihan industri dengan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di negeri Perlis dan utara negeri Kedah. Seramai 58 majikan telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik telah digunakan untuk memungut data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 66% firma mempunyai ikatan latihan industri dengan politeknik. Purata gaji pennulaan yang diperolehi oleh lulusan politeknik ialah RM665.34. Hasil kajian menunjukkan majikan bersetuju bahawa lululsan politeknik dapat melaksanakan tugas mengikut arahan. Majikan juga bersetuju dengan kepentingan kualiti kerja lulusan po1iteknik. Hasil kajian juga menunjukkan lulusan politeknik boleh bekerjasama dalam kumpulan. Kurrikulum politeknik perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanannya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi majikan lelaki dan majikan perempuan terhadap kebolehan pekerja lulusan politeknik. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara persepsi majikan yang mempunyai tahap pendidikan yang berbeza terhadap kepentingan ciri-ciri lulusan politeknik. Cadangan kajian ialah latihan industri perlu menjadi sebahagian dari pada kurikulum. Pihak industri perlu melibatkan diri dalam perkembangan kurikulum politeknik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam negara.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_10_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Labor supply - Effect of education on - Case studies
Call Number: FPP 1997 10
Chairman Supervisor: Dr. Ramlah Hamzah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 02:58
Last Modified: 25 Jul 2011 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8960
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item