Citation
Khor, Choo Kwang
(1997)
Persepsi majikan terhadap pekerja lulusan Politeknik dalam penyediaan tenaga kerja mahir.
[Project Paper Report]
Abstract
Penglibatan majikan dalam pendidikan vokasional sangat penting dalam
mengenal pasti keberkesanan latihan yang diberikan kepada pelajar. Objektif kajian ini
ialah untuk mengenal pasti persepsi majikan terhadap pekerja lulusan politeknik dalam
penyediaan tenaga mahir. Pembolehubah-pembolehubah yang dikaji ialah
kebolehan lulusan politeknik, kepentingan ciri-ciri lulusan politeknik, ciri-ciri yang
dimiliki oleh lulusan politeknik dan kurikulum politeknik . Kajian ini bersifat deskriptif.
Populasi kajian terdiri daripada semua firma yang terlibat dalam program latihan
industri dengan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di negeri Perlis dan
utara negeri Kedah. Seramai 58 majikan telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal
selidik telah digunakan untuk memungut data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak
66% firma mempunyai ikatan latihan industri dengan politeknik. Purata gaji pennulaan
yang diperolehi oleh lulusan politeknik ialah RM665.34. Hasil kajian menunjukkan
majikan bersetuju bahawa lululsan politeknik dapat melaksanakan tugas mengikut
arahan. Majikan juga bersetuju dengan kepentingan kualiti kerja lulusan po1iteknik.
Hasil kajian juga menunjukkan lulusan politeknik boleh bekerjasama dalam kumpulan.
Kurrikulum politeknik perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk menguji
keberkesanannya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara persepsi majikan lelaki dan majikan perempuan terhadap kebolehan pekerja
lulusan politeknik. Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara persepsi majikan
yang mempunyai tahap pendidikan yang berbeza terhadap kepentingan ciri-ciri lulusan
politeknik. Cadangan kajian ialah latihan industri perlu menjadi sebahagian dari pada
kurikulum. Pihak industri perlu melibatkan diri dalam perkembangan kurikulum
politeknik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam negara.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |