UPM Institutional Repository

Hubungan di antara kualiti kehidupan kerja dan kesetiaan kepada organisasi di kalangan kakitangan sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia


Citation

Ahmad, Othman (1997) Hubungan di antara kualiti kehidupan kerja dan kesetiaan kepada organisasi di kalangan kakitangan sokongan Universiti Kebangsaan Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian-kajian di Barat menunjukkan bahawa kualiti kehidupan kerja (KKK) mempengaruhi kesetiaan kepada organisasi (KKO). Di Malaysia, kajian-kajian khusus seumpama ini belum pernah dibuat Kajian perintis ini cuba meneroka hubungan di antara KKK dan KKO di Malaysia dengan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM) sebagai kes. Adakah KKK yang diterima oleh kakitangan sokongan UKM berhubungan dengan kesetiaan mereka kepada organisasi? Kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan di antara KKK dan KKO di kalangan kakitangan sokongan UKM. Ia juga mengkaji persepsi mereka tentang KKK dan KKO dan perbezaan KKO mengikut jantina, umur, pendapatan, lama berkhidmat, kmnpulan perkhidmatan dan tahap pendidikan. Satu set soalselidik digunakan untuk mengumpul data bagi 387 orang kakitangan sokongan UKM yang terbahagi kepada dua alat ukuran. KKK diukur menggtmakan kriteria Walton (1973) sementara ukuran KKO berdasarkan ubabsuai daripada skala Organizational Commitment Questionnaire oteh Mowday et. al. (1979) dan daripada skala oleh Cook dan Wall (1980). Data kajian dianalisis melalui ujian-t, ANOVA dan analisis korelasi Pearson dengan menggunakan pakej SPSSX. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa KKK mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan KKO (r=0.51) di kalangan kakitangan sokongan UKM. Kriteria perkembangan keupayaan manusia mempunyai hubungan signifikan positif yang paling tinggi dengan KKO (r=0.44) sementara kriteria persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat mempunyai hubungan signifikan positif yang paling rendah dengan KKO (r=0.21). Kajian juga mendapati kakitangan sokongan UKM mempunyai persepsi yang tinggi terbadap KKK dan setia kepada organiYsinya. Ujian-t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tentang KKO mengikut umur, pendapatan dan lama berkhidmat, tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan mengikut jantina, kumpulan perkhidmatan dan tahap pendidikan. Kakitangan yang berusia lebih tua, berpendapatan lebih tinggi dan yang telah lama berkhidmat adalah lebih setia kepada UKM berbanding dengan mereka yang lebih muda, berpendapatan lebih rendah dan yang baru berkhidmat.


Download File

[img] Text
FPP_1997_7 IR.pdf

Download (10MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Universiti Kebangsaan Malaysia - Employees - Work environment - Case studies
Call Number: FPP 1997 7
Chairman Supervisor: En. Abdul Azizal Abdul Aziz
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 02:10
Last Modified: 11 Mar 2024 06:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8957
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item