UPM Institutional Repository

Penglibatan pekebun kecil dalam membuat penilaian program pembangunan RISDA


Citation

Taib, A. Murad (1997) Penglibatan pekebun kecil dalam membuat penilaian program pembangunan RISDA. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan penglibatan pekebun kecil getah pemilik-pengusaha Melayu dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan RISDA yang mereka sertai di Daerah Temerloh, Pahang. Objektif kajian ini secara khusus ialah untuk: 1) Mengetahui Ciri-Ciri demografi PKGPP dalam kawasan kajian; 2) Mengetahui tahap pengetahuan PKGPP mengenai pengurusan, matlamat dan fungsi RISDA; 3) Mengkaji sikap PKGPP terhadap program pembangunan; 4) Mengkaji sikap PKGPP terhadap pegawai pelaksana program pembangunan; 5) Mengkaji tahap penglibatan PKG dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan yang mereka sertai; dan 6) Mengkaji hubungan di antara angkubah-angkubah terpilih dengan tahap penglibatan dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan. Data kajian diperolehi daripada 117 responden yang dipilih secara rawak melalui temubual menggunakan soalselidik yang dibentuk khusus untuk kajian. Taburan kekerapan, ANOVA dan Pearson Product Moment Correlation digunakan untuk menerang dan mengukur data. Tahap penglibatan PKGPP dalam membuat penilaian diukur menggunakan gabungan skor kekerapan penglibatan mereka dalam mengadakan perbicangan dengan pegawai, sesama mereka dan di antara ahli keJuarga serta kekerapan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan projek pembangunan yang mereka sertai.Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan PKGPP dalam membuat penilaian terhadap program pembangunan adalah sederhana rendah. Faktor-faktor yang mempunyai kaitan dan mempengaruhi tahap penglibatan dalam membuat penilaian adalah bilangan tanggungan, jumlah keluasan kebun milik, luas kebun yang diusahakan, gabungan skor pengetahuan, sikap terhadap program pembangunan dan sikap terhadap pegawai pelaksana program pembangunan. Hasil kajian juga mendapati sikap PKGPP terhadap program pembangunan merupakan angkubah yang paling signifikan dalam mempengaruhi tahap penglibatan membuat penilaian terhadap program pembangunan.


Download File

[img] Text
FPP_1997_5 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Farmers - Agricultural development projects - Malaysia - Case studies
Call Number: FPP 1997 5
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Hj. Saidin bin Teh, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 01:38
Last Modified: 11 Mar 2024 06:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8955
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item