Citation
Mat Daud, Fauzi
(1997)
Persepsi Bekas Pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (Teknologi) Terhadap Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelaj ar KDPK
(Teknologi) terhadap mata pelajaran Matematik Kejuruteraan (MK). Aspek yang
dikaji merangkumi kandungan kurikulum MK, struktur agihan dan bentuk
penilaian, kualiti pensyarah MK dan isu-isu yang berbangkit semasa perlaksanaan
subj ek tersebut. Populasi kajian ini terdiri daripada 150 orang bekas pelajar
KDPK (Teknologi) sesi 1996/97 yang sedang menuntut di UTM (101 orang) dan
sedang mengajar di sekolah asal mereka (49 orang). Data diperolehi dengan
menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian
'Statistical Package For Social Sciences' (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan persepsi kepentingan positif terhadap kebanyakan isi
kandungan kurikulum MK. Mereka juga berpendapat pensyarah MK mempunyai
kemahiran dalam MK, dapat mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar,
berkebolehan membimbing pelajar, memahami objektif MK dan pelajaran yang
diajar oleh pensyarah adalah menarik. Dalam pada itu pelajar kurang berpuas hati
dengan sikap pensyarah yang kurang memahami masalah yang dihadapi oleh
pelajar. Pelajar juga berpuas hati dengan agihan penilaian kerja kursus dan
bentuk-bentuk penilaian MK. Perkara yang menjadi isu ialah ketidakseimbangan
masa belajar yang diperuntukkan dengan kandungan kurikulum MK yang padat
dan pelajar didapati kurang berminat mempelajari MK. Daripada dapatan kajian
bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pada keseluruhannya aspek yang dikaji
adalah memuaskan pelajar kecuali beberapa aspek seperti kualiti pensyarah,
kandungan kurikulum dan isu berkaitan masa belajar kurang memuaskan pelajar.
Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan antaranya ialah menyemak semula
kandungan kurikulum, pensyarah MK hendaklah menyelaraskan sistem penilaian
dan masa belajar MK perlu ditambah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |