UPM Institutional Repository

Kesan Latihan Imageri Terhadap Prestasi Kemahiran Motor Diskrit


Citation

Abd. Ghani, Norzah (1997) Kesan Latihan Imageri Terhadap Prestasi Kemahiran Motor Diskrit. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini menyelidiki kesan latihan imageri terhadap kemahiran motor diskrit. Kemahiran yang dipilih ialah kemahiran melantun bola. tenis dan memastikan bola tersebut mendarat pada sasaran yang ditetapkan. Seramai 128 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah yang terletak di daerah Sabak Bemam, Selangor telah dipilih sebagai subjek. Subjek telah diberi peluang melihat demonstrasi melantun bola Seterusnya, subjek telah dipecahkan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan latihan fizikal, kumpulan latihan imageri, kumpulan latihan fizikal serta imageri dan kumpulan kawalan. Kumpulan Iatihan fizikal akan menjawab soal selidik ringkas dan menjalani latihan melantun bola selama tiga puluh minit. Kumpulan latihan imageri akan menj alani latihan imageri selama tiga puluh minit dan menjawab soal selidik ringkas dan Skala Kejelasan Imageri Sutcliffe. Kumpulan latihan fizikal serta imageri pula melakukan latihan melantun bola selama lima belas minit, latihan imageri selama lima belas minit dan menjawab soal selidik ringkas dan Skala Kejelasan Sutcliff manakala kumpulan kawalan pula tidak melakukan sebarang latihan fizikal atau imageri.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_12_A.pdf

Download (979kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Imagery (Psychology) - Case studies
Call Number: FPP 1997 12
Chairman Supervisor: Tuan Sheikh Kamaruddin b. Sheikh Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 04:06
Last Modified: 25 Jul 2011 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8951
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item