UPM Institutional Repository

Penyelidik Biosains UPM Digesa Hasil Produk beri Manfaat Kepada Pengguna


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Penyelidik Biosains UPM Digesa Hasil Produk beri Manfaat Kepada Pengguna. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 23 Nov – Penyelidikan dalam bidang Biosains perlu dipertingkatkan agar dapat menghasilkan produk yang boleh dipasarkan ke peringkat tempatan dan antarabangsa. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dato' Dr. Abu Bakar Salleh berkata, penyelidikan yang dilakukan di laboratori tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak dapat menghasilkan produk yang memberi manfaat kepada masyarakat. “Saya faham bukan perkara mudah untuk menghasilkan produk penyelidikan, tetapi anggaplah ia sebagai satu cabaran. Kerajaan amat berharap penyelidikan yang kita hasilkan dapat menjana kekayaan kepada negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Inovasi Institut Biosains (IBS 2010) di sini. Beliau berkata, kerjasama antara penyelidik UPM dengan industri perlu dititikberatkan agar penyelidikan dalam bidang itu dapat menghasilkan produk yang memberi faedah kepada semua pihak. Mengulas mengenai program Minggu Inovasi IBS 2010, beliau berharap ia dapat mencapai objektif untuk meningkatkan jaringan antara penyelidik dengan industri tempatan dan luar negara. “IBS telah mendapat pengiktirafan Makmal BioNexus oleh Malaysian Biotechnology Corporation signifikan bagi melebarkan jaringan dengan pihak industri. “IBS juga mempunyai kemudahan penyelidikan terbaik yang dapat membantu penyelidik dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti. Dengan kemudahan ini, IBS diharap mampu menghasilkan penyelidikan yang lebih besar yang mampu memberi impak tinggi” katanya. Sementara itu, Pengarah IBS, Prof. Dr. Fatimah Md. Yusuf berkata, banyak program telah dirancang bagi menjayakan Minggu Inovasi IBS 2010 seperti larian inovasi, syarahan akademik dan kempen derma darah.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penyelidik_Biosains_UPM.pdf

Download (132kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 24 Dec 2010 04:35
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8947
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item