UPM Institutional Repository

Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes


Citation

Rajain, Ahmad Shahril (1996) Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian lni dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang pencapaian Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Maxwell, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datuk, Banting, Kuala Langat, Seiangor Darnl Ehsan dan Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor Darul Ehsan. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam dan berjumlah 160 orang. Mereka merupakan pelajar tingkatan enam rendah pada tahun 1994. Dalam proses pembelajaran secara formal, pengkaji melakukan analisis data melalui kesalahan tatabahasa terhadap karangan para pelajar. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal pengkaji melakukan tinjauan berdasarkan soal selidik. Dapatan telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan kesalahan tatabahasa iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Kumpulan sampel lelaki didapati melakukan kesalahan yang lebih besar jumlahnya datipada kumpulan sampel perempuan. Selain itu, kumpulan status sosioekonomi rendah didapati lebih banyak melakukan kesalahan jika dibandingkan dengan kumpulan status sosioekonomi sederhana dan tinggi. Seterusnya dapatan membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh para pelajar yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan aspek frasa dan ayat. Sementara itu, dapatan datipada soal selidik menunjukkan bahawa para pelajar yang kurang melakukan latihan aspek-aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian yang lemah dalam aspek-aspek tersebut.


Download File

[img] PDF
FPP_1996_8_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Errors of usage - Case studies
Call Number: FPP 1996 8
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 27 Dec 2010 00:58
Last Modified: 08 Sep 2011 08:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8945
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item