Citation
Rajain, Ahmad Shahril
(1996)
Analisis Kesalahan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian lni dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang pencapaian
Bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah
Maxwell, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Kuala
Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Datuk, Banting, Kuala Langat, Seiangor
Darnl Ehsan dan Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor Darul Ehsan.
Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam dan berjumlah
160 orang. Mereka merupakan pelajar tingkatan enam rendah pada tahun 1994. Dalam
proses pembelajaran secara formal, pengkaji melakukan analisis data melalui kesalahan
tatabahasa terhadap karangan para pelajar. Dalam proses pembelajaran secara tidak
formal pengkaji melakukan tinjauan berdasarkan soal selidik.
Dapatan telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan kesalahan
tatabahasa iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Kumpulan sampel lelaki didapati
melakukan kesalahan yang lebih besar jumlahnya datipada kumpulan sampel perempuan.
Selain itu, kumpulan status sosioekonomi rendah didapati lebih banyak melakukan
kesalahan jika dibandingkan dengan kumpulan status sosioekonomi sederhana dan
tinggi. Seterusnya dapatan membuktikan bahawa kesalahan aspek perkataan yang paling
banyak dilakukan oleh para pelajar yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh
kesalahan aspek frasa dan ayat.
Sementara itu, dapatan datipada soal selidik menunjukkan bahawa para pelajar
yang kurang melakukan latihan aspek-aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian
yang lemah dalam aspek-aspek tersebut.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |