Citation
Raja Omar, Tengku Adli
(1996)
Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kursus Kemahiran Hidup Perguruan Sekolah Menengah di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih.
terhadap aspek kursus Kemahiran Hidup iaitu kepentingan
bidang kursus, strategi pengajaran pembelajaran, kepentingan
bentuk-bentuk penilaian, tahap persetujuan bentuk-bentuk
penilaian, kualiti pensyarah dan isu-isu yang timbul semasa
perlaksanaan kursus Kemahiran Hidup perguruan sekolah
menengah di maktab-maktab perguruan. Populasi kajian adalah
semua guru pelatih. semester empat di lima buah maktab
perguruan yang menawarkan kursus tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptit: Dapatan
kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih menyatakan
bidang kursus yang mereka ikuti adalah penting. Mereka juga
melaporkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kerap
dijalankan oleh pensyarah adalah amali dan tunjuk cam. Walau
bagaimanapun, mereka merasakan aktiviti yang dijalankan bagi
setiap bidang kursus masih be1um mencukupi. Aktiviti dalam
bidang pedagogi juga tidak menjelaskan kefabaman guru pelatih.
Dari segi bentuk-bentuk penilaian, keseluruhan guru pelatih
merasakan ianya penting tetapi mereka melaporkan penilaian
yang dibuat oleh pensyarah tidak sistematik dan secara
keseluruhannya mereka tidak berpuas hati dengan penilaian
yang dibuat Pensyarah didapati dapat mewujudkan hubungan
yang rapat dengan guru pe1atih dan memiliki kemahiran dalam
bidang yang diajar tetapi pengajaran mereka tidak menarik.
Manakala isu utama yang ditimbulkan oleh guru pelatih ada1ah
banyak bidang yang perlu mereka pelajari sedangkan masa tidak
mencukupi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |