UPM Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan Pertanian


Citation

Abdul Rahim, Rohana (1996) Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan Pertanian. [Project Paper Report]

Abstract

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan Pertanian (KH3) dari aspek sukatan mata pelajaran, kemudahan sedia ada di sekolah, jadual waktu pengajaran dijalankan dan gaya pengajaran guru. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk menentukan sama ada jantina, status sosio ekonomi (SES) dan lokasi sekolah selia pencapaian pelajar dalam KH3 memberi pengaruh kepada persepsi mereka. Seramai 305 orang pelajar tingkatan tiga yang mengambil elektif KH3 di sekolah-sekolah akademik dari kawasan bandar dan luar bandar di daerah Kuala Terengganu telah djpilih secara persampelan rawak bedapis sebagai sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik dan set ujian khas. Data dianalisis dengan menggunakan taburan frcekuensi, pemeratusan, ujian t ANOVA dan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap aspek sukatan dan pengajaran guru tetapi mereka mempunyai persepsi yang rendah terhadap aspek kemudahan sedia ada dan jadual waktu pengajaran. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi dan SES. Pelajar daripada SES tinggi didapati mempunyai persepsi yang tinggi terhadap aspek sukatan dan pengajaran guru. Jantina juga berbeza secara signifikan dengan persepsi responden lelaki mempunyai persepsi yang lebih tinggi terhadap aspek jadual waktu berbanding dengan rcesponden perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara lokasi sekolah dan skor persepsi. Pelajar dari sekolah luar bandar mempunyai persepsi yang rendah terhadap aspek sukatan, jadual waktu dan pengajaran guru manakala pelajar dari bandar adalah sebaliknya. Didapati juga wujud korelasi yang positif diantara persepsi dengan pencapaian pelajar di mana pelajar yang mendapat skor pencapaian tinggi juga mempunyai skor persepsi yang tinggi.


Download File

[img] PDF
FPP_1996_1_A.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Students - Attitudes - Life skills - Case studies
Call Number: FPP 1996 1
Chairman Supervisor: Abdul Fatah bin Abdul Malek, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 24 Dec 2010 03:53
Last Modified: 25 Jul 2011 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8922
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item