Citation
Jani, Julismah
(1994)
Kualiti Masa Pembelajaran Akademik dalam Pendidikan Jasmani: Kajian Kes di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah selalunya
dianggap tidak penting. Maka, mata pelajaran tersebut boleh diajar oleh
guru yang tidak dilatih khas dalam Pendidikan Jasmani. Tambahan pula,
tidak ada sistem penilaian yang rapi dalam Pendidikan lasmani. Dengan
ini, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak mempunyai
akademik akauntabiliti untuk rneningkatkan perturnbuhan dan
perkembangan pelajar dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
secara seirnbang.
Bagi mengatasi tanggapan tersebut penyelidik telah menjalankan
kajian tentang masa pembelajaran akademik dalam Pendidikan Jasmani.
Masa tersebut adalah masa pelajar tumpukan dalam melakukan aktiviti
atau tugasan yang relevan dengan objektif pengajaran. Penyelidik telah
menjalankan kajian dengan membuat pemerhatian sistematik yang piawai
di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Sehubungan itu, penyelidik telah menggunakan format pemerhatian yang
dipadankan daripada kajian Siedentop, Tousignant dan Parker (1982).
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji masa pembelajaran akademik
dalam satu waktu pelajaran Pendidikan Jasmani. Di samping itu, masa
sebenar mengajar, masa tugasan pelajar, masa tugasan kandungan, masa
menunggu dan masa pengurusan turut dikaji. Seterusnya, hipotesis
menunjukkan ada hubungan di antara masa pembelajaran akademik
dengan masa tugasan pelajar, masa pembelajaran akademik dengan masa
tugasan kandungan, masa tugasan pelajar dengan masa tugasan
kandungan, masa tugasan pelajar dengan masa sebenar mengajar, masa
tugasan kandungan dengan masa menunggu, masa tugasan kandungan
dengan masa sebenar mengajar dan masa pengurusan dengan masa
sebenar mengajar turut dikaji.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Physical education and training - Study and teaching (Secondary) - Case studies |
Subject: |
Physical education and training - Hulu Langat - Case studies |
Call Number: |
FPP 1994 13 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Jabar bin Hj. Johari |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 09:39 |
Last Modified: |
23 Dec 2010 09:42 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8908 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |