UPM Institutional Repository

Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat KBSM: Satu Kajian Kes


Citation

Mohamad Noor, Supian (1994) Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat KBSM: Satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang analisis kesalahan frasa kerja bahasa Melayu baku di kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Rua, Kajang. Subjek kajian ini semuanya berbangsa Cina dan berjumlah 249 orang. Mereka merupakan pelajar tingkatan empat di sekolah yang berkenaan pada tahun 1993. Dalam proses pembelajaran secara formal, pengkaji melakukan analisis kesalahan frasa kerja terhadap karangan para pelajar telah dilaksanakan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal, tinjauan berdasarkan soal selidik telah dijalankan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan kesalahan Frasa Kerja Transitif (FKTr), Frasa Kerja Tak Transitif (FKTTr), Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Pertama atau Kedua (FKPID2), dan Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Ketiga (FKPD3). Kumpulan subjek lelaki didapati melakukan kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlalmya daripada kumpulan subjek perempuan. Selain itu, kumpulan subjek aliran sains kemasyarakatan pula melakukan kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlahnya daripada kumpulan subjek sains tulen. Seterusnya, dapatan membuktikan bahawa kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh para pelajar yang menjadi subjek dalam kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga, kesalahan frasa kerja pasif pelaku diri pertama atau pelaku diri kedua, dan kesalahan yang paling sedikit jumlahnya ialah kesalahan frasa kerja tak transitif. Sementara itu, dapatan daripada proses pembelajaran secara tidak formal berdasarkan soal selidik menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang berbeza-beza terhadap bahasa Melayu baku. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah mendedahkan rumus-rumus frasa kerja secara terancang dalam sistem pengajaran pembelajaran. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum tatabahasa yang baku dalam pengajarannya. Selain itu, penyeragaman tentang hukum tatabahasa perlulah dilaksanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Seterusnya, pelajar-pelajar digalakkan memanfaatkan buku teks yang digunakan dalam sistem pendidikan bahasa Melayu di peringkat tingkatan empat.


Download File

[img] PDF
FPP_1994_12_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Verb phrase - Case studies
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Case studies
Call Number: FPP 1994 12
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:37
Last Modified: 23 Dec 2010 09:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8907
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item