Citation
Mohamad Noor, Supian
(1994)
Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat KBSM: Satu Kajian Kes.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang
analisis kesalahan frasa kerja bahasa Melayu baku di kalangan pelajar Cina di
Sekolah Menengah Yu Rua, Kajang.
Subjek kajian ini semuanya berbangsa Cina dan berjumlah 249 orang.
Mereka merupakan pelajar tingkatan empat di sekolah yang berkenaan pada
tahun 1993. Dalam proses pembelajaran secara formal, pengkaji melakukan
analisis kesalahan frasa kerja terhadap karangan para pelajar telah
dilaksanakan. Dalam proses pembelajaran secara tidak formal, tinjauan
berdasarkan soal selidik telah dijalankan.
Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa pelajar-pelajar melakukan
kesalahan Frasa Kerja Transitif (FKTr), Frasa Kerja Tak Transitif (FKTTr),
Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Pertama atau Kedua (FKPID2), dan Frasa Kerja Pasif Pelaku Diri Ketiga (FKPD3). Kumpulan subjek lelaki didapati melakukan
kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlalmya daripada kumpulan subjek
perempuan. Selain itu, kumpulan subjek aliran sains kemasyarakatan pula
melakukan kesalahan frasa kerja yang lebih besar jumlahnya daripada
kumpulan subjek sains tulen. Seterusnya, dapatan membuktikan bahawa
kesalahan frasa kerja transitif merupakan kesalahan yang paling banyak
dilakukan oleh para pelajar yang menjadi subjek dalam kajian ini. Ini diikuti
oleh kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga, kesalahan frasa kerja pasif pelaku
diri pertama atau pelaku diri kedua, dan kesalahan yang paling sedikit
jumlahnya ialah kesalahan frasa kerja tak transitif. Sementara itu, dapatan
daripada proses pembelajaran secara tidak formal berdasarkan soal selidik
menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai sikap yang berbeza-beza
terhadap bahasa Melayu baku.
Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah mendedahkan rumus-rumus
frasa kerja secara terancang dalam sistem pengajaran pembelajaran. Guru-guru
juga mestilah mempraktikkan hukum tatabahasa yang baku dalam
pengajarannya. Selain itu, penyeragaman tentang hukum tatabahasa perlulah
dilaksanakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Seterusnya, pelajar-pelajar
digalakkan memanfaatkan buku teks yang digunakan dalam sistem pendidikan
bahasa Melayu di peringkat tingkatan empat.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Verb phrase - Case studies |
Subject: |
Malay language - Study and teaching (Secondary) - Case studies |
Call Number: |
FPP 1994 12 |
Chairman Supervisor: |
Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 09:37 |
Last Modified: |
23 Dec 2010 09:39 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8907 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |