UPM Institutional Repository

Kepuasan Kerja Guru dan Pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia


Citation

Said, Hamzah (1994) Kepuasan Kerja Guru dan Pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan kerja guru dan pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia. Sembilan faktor demografi responden (kelayakan iktisas, kelayakan akademik, umur, jantina, status perkahwinan , pengalaman mengajar, pendapatan, institusi pekerjaan dan lokasi) juga dikaji untuk menentukan samada wujud perbezaan dalam kepuasan kerja. Seramai 191 orang guru dan pensyarah telah dipilih secara persampe1an rawak berlapis di mana 165 responden te1ah memberikan mak1umba1as. Instrumen'Job Descriptive Index' telah digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Soa1 selidik secara pos digunakan untuk mengumpulkan data. Tiga kali penghantaran soal selidik telah di lakukan dalam selang masa dua minggu. Data dianalisis menggunakan SPSS PC+. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis menunjukkan majoriti guru dan pensyarah berpuas hati dengan kerja keseluruhan, keadaan pekerjaan sekarang, rakan sekerja dan penyeliaan tetapi tidak berpuas hati dengan peluang kenaikan pangkat dan gaji mereka. Terdapat perkaitan positif di antara pendapatan dan kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap gaji; tetapi perkaitan negatif didapati antara kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap penyeliaan dan di antara pengalaman mengajar dengan peluang kenaikan pangkat.


Download File

[img] PDF
FPP_1994_11_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations
Subject: Teachers - Job satisfaction - Malaysia
Subject: Agriculture teachers - Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FPP 1994 11
Chairman Supervisor: AbduI Patah Raji Abdul Malik, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:36
Last Modified: 23 Dec 2010 09:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8905
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item