Citation
Said, Hamzah
(1994)
Kepuasan Kerja Guru dan Pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan
kerja guru dan pensyarah Sains Pertanian di Sekolah Menengah dan
Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia. Sembilan faktor demografi
responden (kelayakan iktisas, kelayakan akademik, umur, jantina, status
perkahwinan , pengalaman mengajar, pendapatan, institusi pekerjaan dan
lokasi) juga dikaji untuk menentukan samada wujud perbezaan dalam
kepuasan kerja.
Seramai 191 orang guru dan pensyarah telah dipilih secara
persampe1an rawak berlapis di mana 165 responden te1ah memberikan
mak1umba1as. Instrumen'Job Descriptive Index' telah digunakan untuk
mengukur tahap kepuasan kerja. Soa1 selidik secara pos digunakan untuk
mengumpulkan data. Tiga kali penghantaran soal selidik telah di lakukan
dalam selang masa dua minggu. Data dianalisis menggunakan SPSS PC+.
Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji
hipotesis. Keputusan analisis menunjukkan majoriti guru dan pensyarah
berpuas hati dengan kerja keseluruhan, keadaan pekerjaan sekarang,
rakan sekerja dan penyeliaan tetapi tidak berpuas hati dengan peluang
kenaikan pangkat dan gaji mereka. Terdapat perkaitan positif di antara
pendapatan dan kelayakan akademik dengan kepuasan terhadap gaji; tetapi
perkaitan negatif didapati antara kelayakan akademik dengan kepuasan
terhadap penyeliaan dan di antara pengalaman mengajar dengan peluang
kenaikan pangkat.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations |
Subject: |
Teachers - Job satisfaction - Malaysia |
Subject: |
Agriculture teachers - Job satisfaction - Malaysia |
Call Number: |
FPP 1994 11 |
Chairman Supervisor: |
AbduI Patah Raji Abdul Malik, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 09:36 |
Last Modified: |
23 Dec 2010 09:37 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8905 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |