UPM Institutional Repository

Kesan Pengajaran Ayat Bahasa Melayu Secara Terancang Terhadap Penguasaan Tatabahasa di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat


Citation

Mahmood, Ali (1994) Kesan Pengajaran Ayat Bahasa Melayu Secara Terancang Terhadap Penguasaan Tatabahasa di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian ini cuba mendapatkan data tentang Kesan Pengajaran Ayat Bahasa Melayu (BM) secara Terancang (PAT) terhadap Penguasaan Tatabahasa (TB) di kalangan pelajarpelajar tingkatan empat, di tiga buah sekolah Menengah harian di daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti sama ada berlaku perubahan tingkah laku ataupun tidak di kalangan sampel kajian ini hasil daripada PAT. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan dua kaedah, iaitu dengan mengadakan ujian pra (UB) dan ujian pasca (US) bagi tujuan mengenal pasti kesan PAT terhadap penguasaan TB BM dalam aspek ayat majmuk gabungan dan pancangan (AGAP). Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian BM dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan tentang pembelajaran BM.Kerangka teoritis kajian ini berdasarkan model pengajaran yang dibentuk oleh Keeya (1985) dan TB Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky (1965). Model ini diubahsuai dengan membentuk Kerangka Konseptual Kajian untuk memperoleh data yang agak tepat berasaskan Ujian Pasea - Ujian Pra setelah olahan dilakukan ke atas sampel Hasil perkiraan ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang berpeneapaian tinggi (PBT) dengan pelajar yang berpeneapaian rendah (PBR) dalam aspek membina, mengenal pasti, menggunakan kata hubung dan paneangan. Analisis Varian (ANOVA) pula digunakan untuk menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan dan dalam kumpulan. Walau bagaimanapun, PBT telah menunjukkan peneapaian yang lebih tinggijika dibandingkan dengan PBR. Memang terbukti bahawa PAT amat sesuai bagi semua golongan pelajar. Keputusan kajian menunjukkan PAT boleh disesuaikan bagi golongan pelajar yang eerdas dan yang kurang cerdas. Oleh sebab itu, jika PAT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM, teknik ini akan menjadi satu teknik yang penting dan menarik.


Download File

[img] PDF
FPP_1994_7_A.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Case studies
Subject: Malay language - Sentences - Study and teaching (Secondary) - Case studies
Subject: Malay language - Grammar - Study and teaching (Secondary) - Case studies
Call Number: FPP 1994 7
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid bin Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:21
Last Modified: 08 Sep 2011 08:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8900
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item