Citation
Ishak, Abdul Ghani
(1994)
Stail Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor Darul Ehsan dan Kaitannya dengan Kepuasan Bekerja di Kalangan Guru-Guru.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti stail kepemimpinan pengetua
Sekolah Menengah Agama di Negeri Selangor sebagai pentadbir organisasi sekolah
dan kaitannya dengan faktor kepuasan bekerja di kalangan guru-guru. Stail
kepemimpinan yang dilihat ialah kepemimpinan mengarah, kepemimpinan
menyokong, kepemimpinan partisipatif dan kepemimpinan berorientasikan
kejayaan. Sementara faktor kepuasan bekerja guru-guru dilihat dari faktor
motivator dan higien berdasarkan faktor kepuasan bekerja Teori Dua Faktor
Herzberg.
Subjek kajian terdiri daripada 18 orang pengetua Sekolah Menengah Agama
Negeri Selangor dan 289 orang guru berjawatan tetap dari sekolah yang sama.
Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari 12 item mengenai maklumat
diri guru, 51 item mengenai kepuasan bekerja guru, 17 item berkaitan dengan
maklumat diri pengetua dan sekolah serta 30 item berkaitan dengan stail
kepemimpinan pengetua.
Data-data dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, ANOVA
sehala, Ujian Scheffe dan korelasi Pearson 'r'.
Secara keseluruhan keputusan kajian ini memperlihatkan bahawa pengetua
Sekolah Menengah Agama Negeri Selangor mempunyai stail kepemimpinan yang
berbeza-beza. Begitu juga di kalangan guru-guru terdapat tahap kepuasan bekerja
yang berbeza dan faktor kepuasan yang berbeza. Namun tidak ada hubungan di
antara faktor kepuasan bekerja guru-guru dengan stail kepemimpinan pengetua.
Faktor kepuasan bekerja guru-guru hanya mempunyai kaitan yang signifikan
dengan hubungan interpersonal guru-guru dan pengetua masing-masing dan rakan
sejawat.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Teachers - Job satisfaction - Selangor |
Subject: |
Educational leadership - Selangor - Case studies |
Subject: |
School administration and organization - Selangor - Case studies |
Call Number: |
FPP 1994 4 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Kalsom Faezah Mohamad |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 09:13 |
Last Modified: |
23 Dec 2010 09:16 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8895 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |