Citation
Dani, Noor Ainah
(1993)
Pengaruh Bahasa Ibunda dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memperinci pengaruh bahasa
ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu pelajar-pelajar suku kaum
Dusun di Sabah. Kajian ditadbir ke atas sejumlah 109 pelajar Tingkatan Empat
di Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, dalam daerah Ranau, Sabah.
Kajian ini menggunakan karangan para pelajar yang di tulis dalam situasi
pembelajaran formal, pertuturan bahasa Melayu di dalam kelas dan jawapan jawapan
kepada soal selidik yang diberi di penghujung sesi kajian.
Dapatan tentang analisis kandungan ke atas karangan pelajar yang
dihasilkan dalam proses pembelajaran secara formal menunjukkan bahawa proses
pengganti an fonem vo kal bahasa Melayu dalam aspek leksikal paling banyak
dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Dalam aspek ayat, pengaruh tersebut diw akili
oleh binaan ayat yang mengalami proses pendepanan kata kerja atau kata hubung.
Pengaruh seperti pemindahan bahasa ibunda paling ketara dalam aspek makna
kata bahasa Melayu Selanjutnya, pemerhatian ke atas aspek pertuturan bahasa Melayu para
pelajar membuktikan bahawa bunyi hentian glotis /7/ bahasa Dusun paling kerap
terdapat pada kata dasar dan kata berimbuhan. Di samping itu fenomenon
percampuran kod bahasa Melayu-Dusun terutama yang terdiri daripada jenis Ayat
Tanya turut di kesan.
Dalam proses pembelajaran secara tidak formal tinjauan telah dilakukan
berdasarkan soal selidik.
Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa unsur ekstra linguistik bahasa
ibunda yang paling dominan ialah pendedahan bahasa. Dengan kata lain, kualiti
pendedahan bahasa Melayu pelajar adalah rendah. Selain itu terdapat dua strategi
pembelajaran bahasa yang biasa digunakan oleh para pelajar. Pelajar-pelajar yang
kerap menggu nakan bahasa Melayu sebagai bahasa seharian mengutamakan
Strategi Kesediaan Melakukan Kesalahan Bahasa. Pelajar-pelajar yang jarang
menggunakan bahasa Melayu pula lebih mengenali Strategi Latihan Selari.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Dialects |
Subject: |
Malay language - Dialects - Ranau - Sabah - Case studies |
Subject: |
Dusun language - Dialects |
Call Number: |
FPP 1993 3 |
Chairman Supervisor: |
Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 08:37 |
Last Modified: |
08 Sep 2011 08:47 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8888 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |