UPM Institutional Repository

Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas


Citation

Aman, Muhammed Salehudin (1993) Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Penyelidikan in; cuba mendapatkan data tentang kesalahan tatabahasa (TS) bahasa Melayu (SM) yang dilakukan oleh pelajar Melayu di Tingkatan Empat di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri Melaka. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis dan kekerapan kesalahan TB yang dilakukan oleh mereka. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah, iaitu ujian menulis dua buah karangan bagi tujuan untuk mengenal pasti kesalahan TB dalam aspek kata dan ayat, dan soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran BM pelajar. Daripada 300 buah karangan yang jumlah perkataannya tidak kurang Llaripada 45,000 patah, dldapatt pelajar melakukan sebanyak 2,402 kesalahan. Purata kesalahan bagi setiap pelajar ialah 32.4 kali, yakni 18.8 kesalahan dalam aspek kata dan 13.6 kali dalam aspek ayat Purata kesalahan bagi setiap orang pelajar dalam setiap karangan ialah 16.2 kali.Oaripada jumlah keseluruhan 2,402 kesalahan TB, kesalahan dalam aspek kata berjumlah 1,946, yakni 81.0% manakala dalam aspek ayat pula, jumlah kesalahan ialah 456 atau 19.0%. Kumpulan pelajar lelaki membuat 1,319, iaitu 54.9% kesalahan sementara kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan pelajar perempuan ialah 1,083, iaitu 45.1%. Pelajar lelaki juga melakukan sebanyak 1,063 kesalahan dalam aspek kata, dan sebanyak 2 56 dalam aspek ayat. Kumpulan pelajar perempuan membuat sebanyak 883 kesalahan dalam aspek kata dan sejumlah 200 kesalahan dalam aspek ayat. Hasil perk iraan ujiant memperlihatkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang kesalahan TB antara kedua-dua kumpulan tersebut. Kumpulan Status Sosioekonomi (SSE) rendah paling tinggi kekerapan kesalahan, iaitu 1,213. Walau bagaimanapun, keputusan ANOVA tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kesalahan antara kumpulan SSE tersebut.


Download File

[img] PDF
FPP_1993_2_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Grammar - Study and teaching (Secondary)
Subject: Malay language - Grammar - Malacca - Case study
Call Number: FPP 1993 2
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 08:34
Last Modified: 08 Sep 2011 08:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8885
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item