UPM Institutional Repository

Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam


Citation

Taha, Md. Daud (1992) Masalah Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas di Negara Brunei Darussalam. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masal ah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di Tingkatan Menengah Atas (Tingkatan IV), di Negara Brunei Darussalam (NBD). Menerusi kajian ini, aspek kesalahan bahasa dan jenis-jenisnya, dan kekerapan kesal ahan tersebut oleh setiap sampel/kumpulan sampel akan dapat dikenal pasti. Di samping itu, perbezaan kekerapan kesalahan bahasa berdasarkan perbezaan lokasi, jantina, tingkat pencapaian, dan status sosioekonomi sampel/kumpulan sampel dalam kajian ini akan dapat dikenal pasti juga. Untuk mencapai maksud ini, pengkaji telah memilih 10 buah sekolah menengah yang terdapat di NBD, iaitu lima buah di Daerah Brunei dan Muara, dua buah di Daerah Tutong, dua buah di Daerah Belait, dan sebuah di Daerah Temburong. Jumlah sampel kajian ini ialah sebanyak 200 orang, iaitu 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan. Setelah pemerosesan data dilakukan, kajian ini telah menemukan sebanyak 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan kata, dan 607 kesalahan ejaan yang telah dilakukan oleh keseluruhan sampel. Secara purata kesalahan yang dilakukan oleh setiap sampel (kesemuanya 200 orang) ialah 6.2 kesalahan ayat, 6.3 kesalahan kata dan 3.0 kesalahan ejaan.


Download File

[img] PDF
FPP_1992_5_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Usage
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary) - Malaysia
Subject: Schools, Malay - Malaysia
Call Number: FPP 1992 5
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 07:42
Last Modified: 23 Dec 2010 07:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8878
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item