Simple Search:

Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pencapaian Bacaan Mekanis di Kalangan Murid Tahun Tiga: Satu Kajian Kes


Citation

Idris, Ab Latip (1992) Hubungan Antara Minat Membaca Dengan Pencapaian Bacaan Mekanis di Kalangan Murid Tahun Tiga: Satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Satu kajian tentang pencapaian bacaan di peringkat awal perlu dijalankan memandangkan masih ramai murid sekolah rendah perantaraan Bahasa Malaysia gagal dalam kertas pemahaman Bahasa Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengukur pencapaian murid-murid Tahun Tiga dalam penguasaan bacaan mekanis dan hubungannya dengan minat membaca. Subjek kajian terdiri daripada 177 orang murid Melayu, lelaki dan perempuan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka. Empat kaedah digunakan untuk mengumpulkan data, iaitu bahan ujian, soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Bahan ujian yang digunakan untuk mendapatkan skor pencapaian bacaan mekanis berupa petikan bacaan dan soalan-soalan pemahaman. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil murid, kegiatan dan minat membaca.Pemerhatian dilakukan untuk mencatatkan tingkah laku murid semasa membaca. Teknik temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjutan berkaitan dengan murid pencapaian tinggi dan rendah. Untuk menentukan pencapaian bacaan mekanis, penyelidik menggunakan dua kriteria, iaitu penyebutan dan pemahaman. Empat pembolehubah bebas digunakan, iaitu umur, jantina, status sosioekonomi dan minat membaca. Data dianalisis dengan menggunakan analisis univariat, bivariat dan multivariat. Teknik deskriptif dan analitikal digunakan untuk tujuan tersebut. Keputusan kajian menunjukkan minat membaca mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis. Kebanyakan murid tergolong dalam peringkat minat membaca sederhana. Murid daripada kumpulan status sosioekonomi lebih tinggi memperoleh skor minat membaca dan skor pencapaian bacaan mekanis yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang datang daripada kumpulan status sosioekonomi lebih rendah. Pencapaian murid dalam bahagian penyebutan lebih baik daripada bahagian pemahaman. Kebanyakan murid berada pada tahap bacaan pengajaran.


Download File

[img] PDF
FPP_1992_2_A.pdf

Download (930kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Academic achievement - Malaysia - Case studies
Subject: Student - Psychological aspects - Case studies
Call Number: FPP 1992 2
Chairman Supervisor: Noran Fauziah Bt Yaakub, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 08:09
Last Modified: 23 Dec 2010 08:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8874
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item