Citation
Abdullah, Mazlan
(1992)
Faktor-Faktor Berkaitan Dengan Kepuasan Kerja Pengetua Sekolah Menengah.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja pengetua sekolah menengah dan
mengukur kepuasan kerja pengetua dari segi beberapa faktor klasifikasi,
motivator dan hygiene. Kepuasan kerja di lihat dari dua dimensi,iaitu
kepuasan kerja secara keseluruhan dan kepuasan kerja secara khusus.
Teori Dua Faktor Herzberg digunakan sebagai kerangka penyelidikan ini.
Subjek kajian terdiri daripada 43 orang pengetua siswazah dari
sekolah menengah biasa di negeri Melaka.
Borang soalselidik yang digunakan terdiri daripada lima item yang
berkaitan dengan latar belakang pengetua, 56 item digubal untuk
mengukur faktor-faktor motivator dan hygiene, lima item untuk mengukur
kepuasan kerja secara keseluruhan, dan 17 item untuk mengukur
kepuasan kerja secara khusus.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |