Citation
Yusuf, Abas
(1991)
Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Atas Negeri di Pontianak, Indonesia.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di
kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan
kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak,
Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini
menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi
42 soalan yang terdiri daripada 33 pernyataan tentang
persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah dan 9 pernyataan tentang persepsi
pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling
dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian adalah pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Atas Negeri 3 Pontianak seramai 412 orang. Didapati
bahawa para pelajar menunjukkan persepsi yang positif
terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Para pelajar juga menunjukkan persepsi yang
positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling
dalam meningkatkan pencapa ian akademik pelajar.
Hasil analisis data secara inferensi mendapati bahawa
faktor-faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan dan
kaunseling di sekolah, tingkatan kelas pelajar,
pendidikan bapa pelajar, pendidikan ibu pelajar dan
pendapatan ibu pelajar mempengaruhi persepsi pelajar
terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah.Manakala faktor pengetahuan pelajar tentang
bimbingan pelajar dan kaunseling dan faktor tingkatan kelas
guru mempengaruhi bimbingan dan persepsi pelajar terhadap peranan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Students - Malaysia - Pontianak - Attitudes |
Subject: |
Teacher participation in educational counseling - Indonesia - Pontianak |
Call Number: |
FPP 1991 4 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 05:14 |
Last Modified: |
23 Dec 2010 05:15 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8867 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |