Citation
Mohd. Dom, Alimuddin
(1988)
Tanggapan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di enam buah sekolah menengah di Perak.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu
program dan kegiatan terancang yang dijalankan di semua sekolah
menengah di seluruh negara. Tujuannya ialah untuk membimbing
pelajar mengatasi masalah yang dihadapi serta membantu mereka
memahami diri, kebolehan dan memperkembangkan potensi yang
sedia ada pada diri mereka. Perkhidmatan ini juga akan
bertindak memberi makiumat di dalam bidang pelajaran dan
kerjaya mereka. Program Bimbingan dan Kaunseling dijalankan
oleh kaunselor sepanjang tahun di semua sekolah menengah.
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tanggapan
pelajar terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dari
segi fungsi, keupayaan dan keberkesanannya. Selain itu kajian
ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaantanggapan di antara pelajar-pelajar bandar dan luar bandar
serta pelajar-pelajar lelaki dan perempuan terhadap
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunse1ing.
Kajian ini di jalankan di enam buah sekolah di daerah Larut
dan Matang, Perak. Seramai 600 pelajar dipilih sebagai subjek
kajian yang terdiri daripada 300 pelajar lelaki dan 300 pelajar
perempuan. Kajian ini dija1ankan dengan soal selidik yang
mengandungi 34 item. Data-data yang didapati dianalisis dengan
cara taburan kekerapan, peratusan dan chi-square.
Hasil kajian secara kese1uruhannya menunjukkan pelajar-pelajar
mempunyai tanggapan yang positif terhadap Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunse1ing. Tidak banyak perbezaan yang
signifikan di antara tanggapan pelajar bandar dan luar bandar
serta di antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kenyataan-kenyataan
mengenai perkhidmatan tersebut. Namun demikian ada
juga terdapat tanggapan-tanggapan yang berbeza di kalangan
responden yang berlainan lokaliti dan jantina terhadap beberapa
kenyataan yang dikemukakan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |