Citation
Mohamad Amin, Awang
(1982)
Satu kajian kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Kajian ini telah cuba mengumpulkan data mengenai
kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama
di kalangan pelajar-pelajar Melayu peringkat sekolah
menengah atas. Kajian ini juga cuba mengumpulkan data, melalui
soalselidik, mengenai cara pelajar-pelajar Melayu belajar
Bahasa Malaysia di peringkat seperti yang tersebut di atas.
Kajian ini telah memilih 120 orang pe1ajar sebagai
contohan melalui proses pencontohan rawak secara bersusun-lapis
berdasarkan rumupunan seramai 908 orang pelajar Melayu Tingkatan
Empat, lelaki dan perempuan, di empat buah Sekolah Menengah
Kebangsaan: dua di Wilayah Persekutuan, yang diistilahkan sebagai
sekolah bandar, dan dua lagi adalah di negeri Selangor,
yang diistilahkan sebagai sekolah desa. Contohan telah dibahagi
kepada empat kumpu1an, tiap- tiap satunya mengandungi
30 orang pelajar, yang dikenal sebagai lelaki bandar, perempuan
bandar; lelaki desa dan perempuan desa.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |