UPM Institutional Repository

Tingkah laku dan gaya kepimpinan pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam


Citation

Hassan, Zaharah (2004) Tingkah laku dan gaya kepimpinan pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan yang merupakan satu kajian kes berasaskan kaedah kualitatif ini bertujuan mengenal pasti dan memerihalkan tingkah laku dan gaya kepimpinan pemimpin akademik wanita di sebuah universiti awam tempatan. Penekanan juga diberikan kepada pengaruh situasi dan peranan organisasi ke atas tingkah laku dan gaya kepimpinan tersebut. Data berasaskan tujuh orang peserta, telah dikumpulkan melalui teknik pemerhatian, temu bual mendalam dan juga analisis dokumen. Penyelidik telah melakukan pemerhatian dalam latar sebenar bagi melihat interaksi setiap peserta dengan rakan setugas, subordinat dan juga superordinat. Peserta juga telah ditemu bual untuk mengetahui bagaimana persepsi mereka mengenai tingkah laku dan peranan yang mereka mainkan. Kesimpulan kajian adalah (1) kesemua pemimpin mempamerkan tingkah laku yang berbagai-bagai tetapi terdapat tujuh tingkah laku yang lebih kerap ditunjukkan; (2) tingkah laku kepimpinan yang di pamerkan boleh jadi berfokuskan tugas, berfokuskan pengikut dan berfokuskan tugas dan pengikut bergantung pada situasi. Tingkah laku kepimpinan seperti ini adalah tidak terhad kepada interaksi dengan subord inat sahaja; (3) kebiasaannya tingkah laku meminta pendapat dan mendelegasikan kerja d ikhaskan dengan subordinat yang d ianggap mempunyai kematangan iaitu yang berpengalaman, berpengetahuan dan bersedia untuk turut serta dalam proses membuat keputusan; (4) tingkah laku kepimpinan yang d ipamerkan adalah sering berkaitan dengan tingkah laku kepimpinan yang lain ;(5) analisis mengenai tingkah laku dan gaya kepimpinan adalah tidak lengkap dengan hanya mengenal pasti tingkah laku sahaja kerana komponen penting yang mempengaruhi tingkah laku adalah faktor situasi; (6) faktor situasi yang paling mempengaruhi tingkah laku kepimpinan adalah yang berkaitan dengan manusia; (7) walaupun peserta memainkan peranan yang sama, tidak semestinya mereka menunjukkan tingkah laku yang sama, faktor situasi yang menentukan tingkah laku dan gaya kepimpinan; dan (8) faktor situasi lebih mempengaruhi tingkah laku dan gaya kepimpinan berbanding dengan faktor gender. Berasaskan penyelidikan yang telah dilakukan, penyelidik telah mengenal pasti sembilan implikasi praktikal yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin akademik wanita.


Download File

[img] Text
FEM_2004_4 IR.pdf

Download (582kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Women - Professional ethics - Public universities and colleges
Call Number: FEM 2004 4
Chairman Supervisor: Ma'rof Redzuan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 20 Dec 2010 01:10
Last Modified: 26 Feb 2024 03:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8791
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item