UPM Institutional Repository

Sukan massa sebagai mekanisma pembangunan komuniti : satu kajian mengenai pemahaman dan pendekatan


Citation

Arshad, Zaini (2003) Sukan massa sebagai mekanisma pembangunan komuniti : satu kajian mengenai pemahaman dan pendekatan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sukan memberi pelbagai kesan positif kepada individu yang menyertainya dan ia berpotensi menjadi instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan, baik di peringkat individu itu sendiri dan juga untuk pembangunan komunitinya. Oleh itu kajian ini cuba mengenal pasti sama ada pemahaman para pegawai di agensi kerajaan yang terlibat, hala tuju dan pendekatan yang telah diambil oleh mereka serta tanggapan dan penyertaan komuniti dapat merealisasikan potensi sukan massa ini sebagai mekanisma pembangunan komuniti. Kajian secara kualitatif sebagai kaedah utama ini dijalankan melalui kajian kes dan pengkaji memilih kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai lokasi kajian. Pengumpulan data di peringkat pegawai perancang di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pegawai pelaksana di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gombak, Selangor dan MPS serta komuniti adalah diperolehi melalui temubual secara mendalam. Di peringkat komuniti, pengumpulan data mengenai tanggapan terhadap sukan massa dan penyertaan mereka turut disokong dengan kaedah kuantitatif melalui soaselidik. Pegawai-pegawai agensi kerajaan yang menjadi responden kajian adalah terdiri dari pegawai pengurusan tertinggi dan pegawai pengurusan pertengahan yang terlibat secara lang sung dalam perancangan atau pelaksanaan program pembangunan sukan massa. Manakala responden di peringkat komuniti adalah dari kalangan mereka yang menyertai sukan massa secara aktif dan berterusan. Pemahaman pegawai terhadap konsep dan falsafah dan tanggapan positif komuniti terhadap faedah sukan massa memperlihatkan bahawa sukan massa amat berpotensi untuk menjadi mekanisma pembangunan komuniti. Faedah-faedah positif sukan massa yang d itanggap adalah dalam peningkatan kesihatan dan kecergasan, pembentukan disiplin dan penggunaan masa secara berfaedah serta peningkatan jalinan interaksi sosial kepada individu yang menyertainya dapat menyokong ke arah pembangunan komuniti. Sokongan kepada pembangunan komuniti ini adalah melalui peningkatan produ ktiviti yang memberi nilai ekonomi, pengurangan masalah sosial dan jenayah yang memberi keamanan dan keselamatan dan pemupukan perpaduan yang menyatupadukan komuniti. Kesemua faedah ini menjadikan komuniti lebih berpotensi dan bersedia untuk mencapai potensi dan matlamat pembangunannya.


Download File

[img] Text
FEM_2003_1 IR.pdf

Download (469kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sports - Case studies
Subject: Community development
Call Number: FEM 2003 1
Chairman Supervisor: Dr. Asnarulkhadi bin Abu Samah, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 09:17
Last Modified: 31 Jan 2024 08:09
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8787
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item