Citation
Hamsan, Hanina Halimatusaadiah
(2002)
Prediktor kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja resilien.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor penyumbang unik
kefungsian keluarga berisiko yang mempunyai anak remaja (11-18 tahun) resilien. Responden (n=115) merupakan subsampel ibu
kepada remaja (berusia 11 hingga 18 tahun) resilien daripada kajian
IRPA (Intensification Research for Priority Areas) bertajuk 'Ekologi
Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi
Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000). Lokasi kajian adalah
beberapa buah daerah di negen Johor, Selangor, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah. Data telah dikumpulkan
secara temubual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Kefungsian keluarga telah diukur menggunakan 'Family Assesment
Device' (Epstein, Baldwin dan Bishop, 1983). Kualiti tingkahlaku
keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Parent's Report'
(Dibble dan Cohen, 1974) yang telah diadaptasi oleh pengkaji
mengikut kesesuaian budaya tempatan. Kualiti perkahwinan ibu pula
diukur menggunakan dua skala iaitu 'Kansas Marital Satisfaction
Scale' (Schumm, 1986; Rumaya, 1997) dan 'Conflict Tactic Scale'
(CTS) oleh Straus (1979).
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |