UPM Institutional Repository

Perkaitan di antara sokongan sosial dan interaksi keluarga dengan kefungsian keluarga berisiko


Citation

Mohd Haidin, Normadiniatul Shida (2002) Perkaitan di antara sokongan sosial dan interaksi keluarga dengan kefungsian keluarga berisiko. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara latarbelakang ibu (umur, jumlah tahun pendidikan, status pekerjaan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan bilangan anak), sokongan sosial dan interaksi keluarga (kualiti perkahwinan dan kualiti tingkahlaku keibubapaan) dengan kefungsian keluarga berisiko. Sampel (N=115) ibu yang mempunyai anak remaja resilien merupakan subsampel kajian 'Ekologi Keluarga Berisiko: Proses Interaksi dan Perkembangan Resiliensi Anak' (Rumaya, Rozumah & Rojanah, 2000) yang dibiayai oleh IRP A (Intensification of Research in Priority Areas). Data telah dikumpulkan secara temubual bersemuka berpandukan borang soal-selidik. Sokongan sosial yang diterima oleh respond en telah diukur menggunakan I Social Support Questionnaire (Shoriform), (Sarason, Sarason, Shearin & Pierce, 1987). Kepuasan perkahwinan responden telah diperolehi menggunakan Kansas Marital Satisfaction Scale (Schumm, 1986) yang telah diubahsuai (Rumaya, 1997), manakala pengurusan konflik telah diukur menggunakan Conflict Tactic Scales (CTS) (Straus, 1979). Parent's Report (Dibble & Cohen, 1974) telah digunakan untuk mengenalpasti kualiti tingkahlaku keibubapaan. Kefungsian keluarga pula telah diukur menggunakan Family Assessment Del,ice (FAD) (Epstein, Baldwin & Bishop, 1983). Soalan terbuka turut dikemukakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas bagi setiap variabel tumpuan.


Download File

[img] Text
FEM_2002_5 IR.pdf

Download (925kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social acceptance - Malaysia
Subject: Social interaction - Malaysia
Call Number: FEM 2002 5
Chairman Supervisor: Dr. Rumaya Juhari
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 08:18
Last Modified: 31 Jan 2024 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8782
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item